Tuesday, December 1, 2009

Rumah

Rumahku syurgaku...kalau nak ikutkan ungkapan ini sememangnya menjadi impian semua orang.Namun bagaimana kita ingin menjadikan rumah kita menjadi syurga di hati kita.Apakah saiz ataupun rekabentuk mahupun lokasi rumah itu sendiri.Seandainya kita menitikberatkan saiz,maka kita perlu menyediakan sumber kewangan yang cukup besar berdasarkan saiz yang kita mahukan.Kita bukan sahaja perlu berhadapaan dengan ansuran yang tinggi tetapi kos penyelenggaraan juga perlu diambilkira.Berdasarkan pengalaman saya, penyelenggaran perlu dilakukan setahun sekali terutama dari segi mekanikal dan elektrikal. Walaupun kita merasakan harga yang kita bayar untuk membeli rumah adalah tinggi seperti pembelian sebuah rumah teres maka kita menganggap kebarangkalian kita menghadapi masalah - masalah mungkin mengambil masa yang lebih jauh, mungkin 10-11 tahun.Pada pengalaman saya, apa jua jenis rumah kita beli, produk2 yang digunakan adalah sama seperti rumah2 flat, apartment, ataupun kos rendah. Apa yang membezakan harga sesebuah rumah adalah lokasi , saiz , dan rekabentuk tetapi tidak kepada barangan elektrikal ataupun mekanikal.
Manakala dari struktur sahaja saya dapat katakan bahawa penyelenggaraannya amat rendah seandainya kita mengekalkan strukur asal rumah tersebut. Saya amat berkeyakinan tentang hal ini kerana kebanyakkan jurutera2 di Malaysia mengamalkan sikap 'overdesign' iaitu merekabentuk struktur dengan 2 kali ganda lebih berat dari yang sepatutnya.Tambahan pula prosedur dan kriteria yang cukup ketat yang dipatuhi yang telah diwartakan oleh kerajaan.Namun begitu, ianya akan memberi sedikit kesan kepada pembeli kerana ianya akan meningkatkan harga jualan.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA......
Semoga semua di kalangan kita dapat menyambutnya dengan penuh kerahmatan dan diberkati olehNya.
Pada tahun ini, aku hanya menyambut dengan isteri aku sahaja kerana keadaan isteri aku yang kurang sihat . Mungkin di kalangan kita mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pelbagai kenduri terutamanya Majlis Aqiqah, perkahwinan mahupun tahlil. Tambahan pula cuti kali agak panjang ditambah pula musim cuti sekolah, mungkin ada diantara kita mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman masing2 ataupun pergi bercuti bersama keluarga.
Apapun jua aktiviti yang dijalankan, aku berdoa semuanya berjalan dengan baik serta menikmati keseronokan di setiap aktiviti yang dijalankan

Tuesday, November 17, 2009

Habiskan cuti di Damai Laut

PAda 14-16 Nov 2009 aku sekeluarga telah bercuti di Swiss - Gaeden Damai Laut @ Lumut. Percutian kali ini bertujuan menghabiskan cuti tahunan mengejut yang diberikan oleh bos aku. Percutian ini bagi aku agak menarik kerana aku dapat menikmati pengalaman serta dapat melihat suasana kampung dan pekan2 lama yang sebelum ini hanya aku dengari saja. Aku merangka perjalanan aku dengan hanya menggunakan laluan bandaran sahaja dan tidak menggunakan lebuhraya ( kecuali perjalanan balik semula ke Kg ). Perjalanan aku bermula dari:

Palong 15 ( pukul 8 a.m) - simpang pertang - hulu telemong - karak - Genting highlands - batang kali - Tanjong Malim - proton city - slim river - bidor ( singgah beli buah- buahan) - tapah - kampar ( lunch di sini pukul 2 p.m)- Tualang - seri Iskandar/tronoh-Setiawan(beli brg keperluan) - Swiss Garden Damai Laut ( lepak sampai 16 Nov 2009)- Pantai Remis - Terong - Kuala Sepetang (lunch Makan Mi Udang)- Taiping - Palong 15 (sampai pukul 8 p.m)

Dalam percutian ini, aku dapat ,melihat keindahan serta keunikkan masjid2 di Negeri Perak. Pelbagai rekabentuk yang unik antaranya berbentuk Kuil dan kubu.Manakala dari segi makanan pula tidak lah jauh berbeza dari hometown kita.Namun kali ini aku berpeluang menikmati musim durian di sini.Di samping itu juga aku telah melawat beberapa tempat di sana , antaranya Muzium Pasir Salak , Rotisegar( kita boleh menikmati roti yang baru di masak di sini) dan tempat penetasan Penyu di Segari.
Di pekan Lumut pula, terdapat beberapa perubahan terutama di jeti ke P.pangkor berbanding 3 tahun dulu.Manakala di Pantai Remis pula kita dapat melihat perkampungan nelayan dan terdapat pondok2 yang menjual ikan2 segar.Di akhir destinasi aku ialah Kuala Sepetang di mana aku menikmati MI Udang yang enak yang mengandungi 11 ekor udang dalam satu hidangan mi goreng...
Justeru itu sesiapa di kalangan frenzy yang ingin melawat Lumut..boleh lah meneruskan niat anda tersebut kerana banyak juga tempat menarik serta makanan seafood yang enak.Namun begitu, seandainya frenzy ingin bercuti di Swiss garden aku rasa kurang berbaloi walaupun kita booking bilik hotel..(sebab aku sewa apartment).Banyak fasilitinya yang telang usang serta kurang acara menarik di sana dan lokasinya agak jauh dari bandar sekiranya ada keperluan yang ingin di beli.

Sunday, October 11, 2009

Selamat Pengantin Baru.....











Selamat Pengantin baru aku ucapkan kepada saudara kita Muhamamad Najib Bin Ismail.Kami berdoa ko berbahagia hingga ke anak cucu..kalo ko belajar ilmu-ilmu orang berkahwin aku rasa guru terbaik ialah Mr Ketam n Dak Nazz....




Sementara itu..aku ingin memohon ampun dan maaf kepada saudara Jeff kerana tak dapat ler aku menghadirkan diri ke majlis terbuka Umah ko semalam kerana aku menghadiri umah Najib..Terima kasih kepada kawan2 yang hadir kerana dapat jugak aku jumpa kerana hari raya lepas tak dapat kita berbual panjang

Friday, September 25, 2009

Syawal yang Bahagia....

Sudah seminggu kita merayakan Syawal.Pelbagai juadah yang jarang kita temui, dapat kita menikmatinya.Syawal kali ini, aku agak sibuk dengan melayan tetamu yang hadir di kedua-dua keluarga aku.
aku ingin memohon maaf kerana tidak dapat beraya ke rumah kawan2 ,hanya umah mr Jeff dan Chalin sahaja yang sempat aku singgah.Maybe tahun depan aku mungkin dapat pergi beraya dengan lebih banyak lagi...

Thursday, September 10, 2009

Syawal Menjelma semula....

Syawal bakal menjelma tak lama lagi. Ramadhan pula bakal meninggalkan kita.
Sempena syawal yang bakal tiba ini , aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga smdbfrenz95 seandainya tersalah bahasa ataupun sikap aku yang mungkin kurang disenangi sepanjang kita bersahabat.
Sekiranya frenzy mempunyai kelapangan di Hari Raya ini, jemputlah ke rumah di hari pertama dan kedua.
Akhir sekali.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak

Sekali lagi kita berpeluang meyambut Ramadhan al- Mubarak ini.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat menikmati bulan yang mulia ini.
Kali ini, agak berlainan sekali bagi aku melaluinya kerana buat pertama kalinya aku menyambut Awal Ramadhan ini tanpa ayahandaku yang tersayang.Namun, bagi aku,ianya telah tersurat dan perlu meredhainya.
Untuk Ramadhan ini aku berazam untuk menggunakan sebaiknya bagi aku menikmati kemuliaan yang ada pada bulan ini kerana pada tahun kebelakangan ini aku terlalu menumpukan kepada kerjaya aku.
Maybe pada tahun ini, kita tidak dapat membuat majlis berbuka puasa, mahupun Open House kerana terdapat beberapa masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Tapi tidak bermaksud ianya menghalang pada frenzy yang lain ingin menganjurkannya.

Thursday, July 30, 2009

Schumacher sensational comes back

F1 Gp sekali lagi melakukan kejutan. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang serius oleh pemandu Ferari Felipe Massa.Kini, Schumacher pula ingin membuat kemunculan semula di arena sukan F1 setelah sekian lama menyepikan diri.
Namun begitu, bagi aku ianya seakan satu langkah bagi FIA untuk mengembalikan pengaruh sukan ini setelah terjadi perbalahan dengan persatuan pasukan2 F1.Terbaru,BMW pula akan menarik diri di musim akan datang diikuti pula dengan pasukan Renault dan tidak mustahil beberapa pasukan lagi akan melakukan langkah yang sama.
Apakah sukan ini akan melahirkan satu lagi kejuaraan seperti A1?
sama-sama kita nantikan

Monday, July 27, 2009

PD Gathering tidak kesampaian

Sekali lagi, rancangan untuk kita bersua di tahun ini masih lagi menemui kegagalan.
Mungkin masa agak suntuk kerana kita bakal menyambut Ramadhan al-Mubarak tak lama lagi.
Namun begitu, aku masih lagi menunggu individu yang ingin menawarkan diri untuk mengadakan Open House pada tahun ini..

Sunday, July 12, 2009

PD Gathering..2009

Sekali lagi , aku ingin menganjurkan satu event pertama untuk 2009.Bagi event kali ini, aku berharap mendapat sambutan dari semua pihak kerana ini merupakan cadangan yang terakhir dari aku untuk tahun ini kerana di waktu seterusnya aku mungkin tak dapat untuk menganjurkannya lagi kerana kepadatan jadual harian aku.
Oleh itu seperti biasa, sila beri feedback yang bernas dan tarikh yang dirasakan sesuai untuk menjalankan event ini.
P/S- 1&2 Ogos ini aku tak available sebab aku buat kenduri arwah...tapi seandainya tarikh tersebut dirasakan sesuai,aku akan meminta salah seorang dari kita untuk organize event tersebut.

Bowling de Arena 09' ditangguhkan...

Seperti sedia maklum, event ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peserta tambahan pula peserta yang telah memberikan persetujuan pula terpaksa tarik diri di saat2 akhir kerana mempunyai komitmen lain yang lebih penting.
Oleh itu aku ingin memohon maaf di atas kegagalan untuk mengadakan event ini.

Monday, July 6, 2009

Majulah sukan untuk Negara....adakah masih relevan slogan ini

Slogan majulah sukan untuk negara yang sering kita laungkan ,bagi aku sudah tidak relevan lagi di kala ini.Kegagalan demi kegagalan yang sering kita dengar,terbaru..tumpasnya pasukan sepak takraw kita yang bermegah dengan kehebatan lalu.Setelah kita dikecewakan dengan keangkuhan bolasepak kita, aku rasa kita bakal dikejutkan pula dengan kejatuhan empayar badminton kita yang kini kian terhakis skit demi sedikit.
Dari satu sudut,aku merasakan semua usaha yang dijalankan bagaikan satu hiburan kepada mereka tanpa rasa tanggungjawab kepada harapan kita semua.Bagi pendapat aku , kegagalan ini aku tujukan kepada atlit khususnya.Tiada sebab mengapa prasarana ataupun pengurusan perlu dipersalahkan.Seandainya kita kupas kejayaan atlit-atlit lain seperti Dato Nicol David..alasan2 yang sering diberikan kepada kita selama ini memang tidak relevan.
Justeru itu, atlit2 kita harus dan perlu merenung kembali objektif mereka menceburi bidang sukan.

MegaSales 2009 dah bermula.....

Last Weekend aku telah memulakan gerakan mencari baju raya untuk anak2 aku.Kebetulan pulak megasales telahpun bermula,jadi akupun terus mengambil kesempatan ini.
Boleh dikatakan tawaran diskaun kali ini agak menarik dan produk-produk yang dipamerkan memang memuaskan hati untuk membelinya.Bagi aku, ini merupakan waktu terbaik untuk aku menyediakan keperluan anak-anak aku kerana jika aku membeli ketika hampir hari raya ianya akan bertambah sukar kerana terpaksa melayan kerenah anak2 yang beraneka ragam + berpuasa+ orang pun sangat lah ramai + pilihan terhad kerana saiz banyak dah abis.
Akhir kata, aku memang dah tak pening kepala lagi untuk menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini

Saturday, June 27, 2009

Lepak di Bowling Arena..12 july 2009

aku rasa kita buat kat melaka ler...mintak mr.bob a.k.a zool arrange
Pakai baju merah ek..hehehehee

Tuesday, June 16, 2009

Peringatan......

Sesiapa yang memberi komen - komen tanpa mengenalkan diri terlebih dahulu,maka saya akan menahan komen2 tersebut dari dipaparkan....Sekian terima kasih.

Monday, June 15, 2009

Dah lama tak lepak-lepak

Mungkin di atas kesibukan kita seharian, kita tidak dapat untuk bertemu atau bersua dalam waktu terdekat ini apatah lagi untuk mengadakan event bagi tahun ini.
Justeru itu, apakata kita lepak2 dan bersantai dalam waktu terdekat ini bagi mengeratkan semula persahabatan kita.So,sesiapa ada cadangan bole ler forwardkan pada aku..

Friday, June 12, 2009

Islam Vs Kapitalis.

Setelah aku membaca komen pada post yang terdahulu,aku dapat merasakan bahang yang ketara dalam menegakkan idealisme masing-masing.
Jadi, aku pun nak bagi sedikit pandangan tentang isu yang berat ini.
Pada umumnya, aku rasa idealisme islam ini hadir apabila kita telah melalui satu detik atau pengalaman mahupun satu kehidupan yang penuh kekecewaan ataupun dalam erti kata lain KEGAGALAN.Lagipun, kalau kita baca diawal komen-komen tersebut, kita dapati ianya menggunakan satu katanama yang bermaksud kekecewaan contoh: aku yang telah sedar. Aku ingin bertanya, mengapa setelah 31 tahun..baru saudara kita ini baru menyedari negara kita ini kapitalis.Jadi, dengan semangat yang setahun jagung ini sahaja, saudara kita ini terus menerus memberi hujahan yang panas tapi tiada objektif.Hanya melampirkan cerita2 lama yang satu dunia pun tahu.Walaupun kita ini berada di dalam kapitalis, adakah kita terhalang untuk membuat segala ibadah mahupun akitiviti yang melibatkan keIslaman kita.Setakat hari ini, aku masih tiada mendengar ada halangan untuk itu.
Tambahan pula,ulama-ulama besar pun seperti Nik Aziz pun tiada kekuatan untuk menidakkan kapitalis di negara kita.Justeru itu,tidak perlu saudara untuk melampiaskan peranan saudara yang tiada bertujuan ini kepada komuniti kecil kami ini yang hanya menulis blog untuk mengeratkan silaturrahim.Sebenarnya saudara masih belum sedar dan matang tentang isu ini kerana dengan menulis isu seberat ini telah mendatangkan satu perasaan yang bertentangan dengan objektif saya menulis di blog ini.Sekiranya saudara lihat, terdapat kekurangan smdbfrenzy yang ingin menulis di blog ini.Kerana...ianya telah menjadi satu blog untuk saudara melampiaskan segala kekecewaan saudara.
Satu lagi, adakah saudara lihat kita sebagai orang Islam di negara ini menjadi dominan kepada ekonomi kita. Adakah saudara terlibat secara total dalam arus pemodenan negara kita.Adakah saudara melihat kerajaan kita telah menjadi mainan kepada barat.Saya ingin tahu tentang itu dari sudut idealisme saudara yang mengelirukan.
Satu lagi saya ingin memberi sedikit pandangan tentang penggunaan hadis2 mahupun ayat2 didalam Al-Quran.Adakah saudara benar2 memahami apa yang tersirat dan tersurat,kerana bagi saya saudara menggunakan hadis2 dan Al-Quran semata- mata menjadi kulit kepada pemikiran saudara bukannya intipati kepada pemikiran saudara.Kalo saya cakap bahasa pasar..nak tunjuk anda seorang Islam yang radikal,namun pada saya saudara seorang membaling batu dan menyorok tangan.
Justeru itu, saya berharap semua frenzy tidak menganggap blog saya ini menjadi medan kepada pertarungan idealisme.

Friday, May 8, 2009

Masalah kewangan....

Di dalam era kegawatan ekonomi ini, aku pasti ramai di kalangan kita merasakan keperitan dalam menangani soal kewangan.Di tambah pula institusi kewangan terus mengetatkan sistem perbankan mereka tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh masyarakat.Aku ingin berkongsi pengalaman aku dan kawan aku mengenai institusi kewangan.Dalam beberapa minggu ini aku membantu rakan sekerja aku menguruskan kewangannya yang kronik sehinggakan kediamannya akan dilelong.So, aku telah menemui pegawai bank tersebut dan berbincang untuk mencari kaedah terbaik.Di akhir perbincangan itu, kami telah bersetuju untuk menggunakan wang KWSP untuk melangsaikan hutang tertunggak tanpa mengenakan sebarang caj.Tapi perkara lain terjadi apabila rakan sekerja aku telah mendapat kelulusan dari KWSP untuk menggunakan akaun 2 untuk melangsaikan tunggakan dan selebihnya ditolak kepada prinsipal hutang tersebut. Di waktu perjumpaan itu rakan aku diminta bayar rm1000 dan wang KWSP itu akan menanggung ansuran selama 33 bulan bermula dari bulan ini.Jadi secara amnya, rakan aku tidak mendapat prinsipalnya malah bank mendapat terus faedah tanpa pening kepala.Apa yang aku kesalkan,rakan aku diminta bayar rm1000 sedangkan di awal perjumpaan syaratnya tak sebegitu.Tambahan pula, tiada langsung untuk membantu untuk mengurangkan bebanan rakan aku.Begitu juga berlaku dengan aku sendiri,dimana aku melangsaikan hutang kredit kad arwah ayah aku.Walaupun aku walk-in untuk buat bayaran dan aku telah menutup akaun itu,namun masih lagi sampai statement dan dicaj.Aku memang bengang dengan institusi kewangan yang bersifat along besar yang berlesen.
Namun begitu, masih ada jalan untuk kita keluar dari kemelut penindasan ini.AKPK merupakan satu agensi yang akan membantu kita menangani masalah kewangan kita dengan pihak bank sahaja.Koperasi,pinjaman kerajaan tempatan(angkasa) ataupun along lintah darat tidak dapat dibantu oleh AKPK.
Justeru itu sesiapa di kalangan kita yang menghadapi permasalahan ini,bolelah terus pergi ke AKPK.pasti anda kan tersenyum di sana.

Sunday, April 26, 2009

1st event in 2009

Setelah beberapa kali planning kita menemui kegagalan, aku masih lagi tak serik untuk menganjurkan event pertama untuk tahun ni.Langkah pertama untuk tahun ini aku ader buat cadangan untuk all frenzy bagi feedback kepada aku di dalam peti undi yang attach kat tempat biasa.
Event kali ni ,aku nak buat sesenang yang mungkin bagi all frenzy bole available di event tersebut.Semoga planning kali ni dapat petanda positif..hehehe

Wednesday, April 22, 2009

Aloha my frenz....

Hampir sebulan rasanyer aku menyepi dari bersembang dengan all my frenzy.So, aku harap semuanyer dalam keadaan yang sihat2 belaka.
Bulan March 2009 merupakan dugaan yang terbesar dalam hidup aku, di mana aku kehilangan ayahandaku yang tercinta ditambah pula dengan bebanan kerja yang cukup memberi tekanan maksimum terhadap diri aku ni..
So, bulan April ni ..aku harap tiada lagi dugaan yang besar melanda diri aku lagi. sama2 ler kita berdoa.
Namun begitu,aku masih lagi bersedia untuk menganjurkan event untuk our frenzy kita. Aku ingin memulakan event yang pertama untuk tahun ini dengan BERMAIN BOWLING..tapi kali ni aku rasa kita buat kat seremban..pasal senang skit kalo frenzy yang tinggal kat K.L dan Melaka nak hadir.
Apapun aku tunggu jer feedback..cam biasa..

Thursday, March 5, 2009

Lepak-lepak at Kesang....

Memandangkan weekend ni kita akan bercuti lama skit..so aku akan balik kg.Then sesapa yang berkesempatan untuk berkumpul, aku jemput untuk kita berborak di kedai makan di kesang seperti yang disyorkan oleh mr BOB.
So, sesapa yang nak join bole caling2 ler aku pada esok malam...7 March 2009.

Sunday, March 1, 2009

TCI Charity Hunt 2009

Last weekend 28 Feb 09, aku telah menyertai satu treasure hunt untuk pertama kali dalam hidup aku. Penyertaan aku ni adalah dasar paksa rela kerana bos aku malas nak pergi disebabkan oleh bos aku tak baper sesuai dengan pengarah baru TCI ni.
Pada awalnya,aku rasa aktiviti ini sangat membosankan pasal aku langsung tak tau konsep treasure hunt ni.
Selepas aku melalui soalan yang pertama dalam treasure hunt ini, baru aku sedar yang event ni memang sukar dan mencabar.Kita dipaksa menggunakan segala kemungkinan yang ada berpandukan kepada klu yang terdapat dalam soalan yang diberi.
Kesimpulannya, treasure hunt ini adalah satu aktiviti yang menarik untuk disertai.Kalau ader peluang lagi aku ingin mengajak our frenzy menyertai kumpulan aku suatu hari nanti.

Thursday, February 26, 2009

Kecohnyer di LObi Parlimen..

Hari ini semua akhbar utama memaparkan berita kekecohan di lobi Parlimen. Kesabaran Pemuda UMNO agaknya sudah tidak dapat ditahan lagi.Kalau kita lihat senario sekarang ini, aku rasa ianya akan mengundang padah kepada rakyat terutama dari segi perpaduan.
Dalam hal ini, aku agak berat mengatakan bahawa ianya berpunca dari keceluparan Pengerusi DAP itu sendiri, walaupun pada pendapat beliau ianya tidak melanggar undang-undang negara kita. Namun kita dari dulu lagi hidup dalam penuh kesopanan dan tatasusila timur, ianya agak keterlaluan bagi seorang pemimpin sebuah parti yang besar di negara kita kerana ianya sangat2 menyentuh sensitifiviti perasaan khususnya orang Melayu. Bermula dari Perak, kini ianya seakan menjadi isu negara yang serius yang harus ditangani dengan penuh berhemah dan bijak.

Justeru itu, aku berharap semua frenzy dapat menyokong penuh kepada bangsa kita yang semakin rapuh pegangan dan prinsip hidup, kerana terdapat agenda pembangkang yang amat mengerikan yang sukar untuk aku ungkapkan dalam blog ini..(hehe..takut kene masuk ISA lak)

Thursday, February 12, 2009

Lepak At Port Dickson

Sebagai permulaan event untuk tahun ini, aku cadangkan kita buat selamba reunion kat Port Dickson. Bagi aku, kita buat reuinion yang simple dulu sebelum kita buat yang lebih grand lagi.
Memandangkan reunion trip kita telah menemui kegagalan, jadi kita buat event reunion yang senang kepada semua frenzy.
Aku rasa PD adalah tempat terbaik untuk kita berkumpul kerana dari segi kos serta jarak perjalanan yang ekonomi.
So, semua frenzy bagi komen skit cadangan aku ni,..pas tu baru kita decide time yang sesuai..

Tuesday, February 10, 2009

Langkawi yang Indah

Trip kali aku rasa sangat seronok pasal anak2 aku dah besar so senang ler skit aku nak berjalan then nak shopping.Anyway, Langkawi tak banyak sangat perubahan selain dari perubahan Bandar Kuah sejak 5 thn dulu. Harga barang - barang kat sana still macam dulu lagi.Maintain jer aku rasa.
Dari segi makanan pulak, aku rasa mmg best.Pasal, semua ikan kat situ semua fresh. So, walaupun mahal,tak leh nak complain ler..pasal mmg semua masakan yang aku order mmg fresh dan best. Tambah pulak, cuaca plak mmg cerah sepanjang masa, cuma kene minum banyak air ler,pasal panas betul kat sana.
So, aku mmg suggest ler sapa2 frenzy yang nak makan angin kat sana, it's a right place.
Tak yah gi oversea..kat langkawi semua ada...
Aku ader dengar proposal pasal our frenzy nak gi sana..tapi acara solo lah..heheheeh
cuma belum ader sesapa yang volunteer nak organise..
Kalau ader sesapa nak tgk gambo aku kat sana ,bleh ler tgk kat flickr aku tu...cam biasa..

Monday, January 26, 2009

Gong Xi Fa Cai....selamat tahun baru cina

Selamat Tahun Baru Cina aku ucapkan kepada semua frenzy.
Semoga kalian dapat memanfaatkan cuti yang panjang ini dengan penuh keceriaan dan dapat diberkati.AKU sibuk dengan menguruskan perkahwinan adik ipar aku di Palong 15 yang akan berlangsung pada 24 Jan 09..so aku akan sambung cuti aku selepas hari raya cina,start dari 31 Jan sampai 8 Feb.
Time ni jer aku dapat cuti panjang untuk bersama2 family aku.Pas dari bulan February.aku mmg busy ngan beberapa projek yang akan dilancarkan...so mmg susah nak dapat cuti...so aku harap semua frenzy bergembira di cuti yang panjang ini..