Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha


SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA......
Semoga semua di kalangan kita dapat menyambutnya dengan penuh kerahmatan dan diberkati olehNya.
Pada tahun ini, aku hanya menyambut dengan isteri aku sahaja kerana keadaan isteri aku yang kurang sihat . Mungkin di kalangan kita mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pelbagai kenduri terutamanya Majlis Aqiqah, perkahwinan mahupun tahlil. Tambahan pula cuti kali agak panjang ditambah pula musim cuti sekolah, mungkin ada diantara kita mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman masing2 ataupun pergi bercuti bersama keluarga.
Apapun jua aktiviti yang dijalankan, aku berdoa semuanya berjalan dengan baik serta menikmati keseronokan di setiap aktiviti yang dijalankan

Tuesday, November 17, 2009

Habiskan cuti di Damai Laut

PAda 14-16 Nov 2009 aku sekeluarga telah bercuti di Swiss - Gaeden Damai Laut @ Lumut. Percutian kali ini bertujuan menghabiskan cuti tahunan mengejut yang diberikan oleh bos aku. Percutian ini bagi aku agak menarik kerana aku dapat menikmati pengalaman serta dapat melihat suasana kampung dan pekan2 lama yang sebelum ini hanya aku dengari saja. Aku merangka perjalanan aku dengan hanya menggunakan laluan bandaran sahaja dan tidak menggunakan lebuhraya ( kecuali perjalanan balik semula ke Kg ). Perjalanan aku bermula dari:

Palong 15 ( pukul 8 a.m) - simpang pertang - hulu telemong - karak - Genting highlands - batang kali - Tanjong Malim - proton city - slim river - bidor ( singgah beli buah- buahan) - tapah - kampar ( lunch di sini pukul 2 p.m)- Tualang - seri Iskandar/tronoh-Setiawan(beli brg keperluan) - Swiss Garden Damai Laut ( lepak sampai 16 Nov 2009)- Pantai Remis - Terong - Kuala Sepetang (lunch Makan Mi Udang)- Taiping - Palong 15 (sampai pukul 8 p.m)

Dalam percutian ini, aku dapat ,melihat keindahan serta keunikkan masjid2 di Negeri Perak. Pelbagai rekabentuk yang unik antaranya berbentuk Kuil dan kubu.Manakala dari segi makanan pula tidak lah jauh berbeza dari hometown kita.Namun kali ini aku berpeluang menikmati musim durian di sini.Di samping itu juga aku telah melawat beberapa tempat di sana , antaranya Muzium Pasir Salak , Rotisegar( kita boleh menikmati roti yang baru di masak di sini) dan tempat penetasan Penyu di Segari.
Di pekan Lumut pula, terdapat beberapa perubahan terutama di jeti ke P.pangkor berbanding 3 tahun dulu.Manakala di Pantai Remis pula kita dapat melihat perkampungan nelayan dan terdapat pondok2 yang menjual ikan2 segar.Di akhir destinasi aku ialah Kuala Sepetang di mana aku menikmati MI Udang yang enak yang mengandungi 11 ekor udang dalam satu hidangan mi goreng...
Justeru itu sesiapa di kalangan frenzy yang ingin melawat Lumut..boleh lah meneruskan niat anda tersebut kerana banyak juga tempat menarik serta makanan seafood yang enak.Namun begitu, seandainya frenzy ingin bercuti di Swiss garden aku rasa kurang berbaloi walaupun kita booking bilik hotel..(sebab aku sewa apartment).Banyak fasilitinya yang telang usang serta kurang acara menarik di sana dan lokasinya agak jauh dari bandar sekiranya ada keperluan yang ingin di beli.