Saturday, June 27, 2009

Lepak di Bowling Arena..12 july 2009

aku rasa kita buat kat melaka ler...mintak mr.bob a.k.a zool arrange
Pakai baju merah ek..hehehehee

Tuesday, June 16, 2009

Peringatan......

Sesiapa yang memberi komen - komen tanpa mengenalkan diri terlebih dahulu,maka saya akan menahan komen2 tersebut dari dipaparkan....Sekian terima kasih.

Monday, June 15, 2009

Dah lama tak lepak-lepak

Mungkin di atas kesibukan kita seharian, kita tidak dapat untuk bertemu atau bersua dalam waktu terdekat ini apatah lagi untuk mengadakan event bagi tahun ini.
Justeru itu, apakata kita lepak2 dan bersantai dalam waktu terdekat ini bagi mengeratkan semula persahabatan kita.So,sesiapa ada cadangan bole ler forwardkan pada aku..

Friday, June 12, 2009

Islam Vs Kapitalis.

Setelah aku membaca komen pada post yang terdahulu,aku dapat merasakan bahang yang ketara dalam menegakkan idealisme masing-masing.
Jadi, aku pun nak bagi sedikit pandangan tentang isu yang berat ini.
Pada umumnya, aku rasa idealisme islam ini hadir apabila kita telah melalui satu detik atau pengalaman mahupun satu kehidupan yang penuh kekecewaan ataupun dalam erti kata lain KEGAGALAN.Lagipun, kalau kita baca diawal komen-komen tersebut, kita dapati ianya menggunakan satu katanama yang bermaksud kekecewaan contoh: aku yang telah sedar. Aku ingin bertanya, mengapa setelah 31 tahun..baru saudara kita ini baru menyedari negara kita ini kapitalis.Jadi, dengan semangat yang setahun jagung ini sahaja, saudara kita ini terus menerus memberi hujahan yang panas tapi tiada objektif.Hanya melampirkan cerita2 lama yang satu dunia pun tahu.Walaupun kita ini berada di dalam kapitalis, adakah kita terhalang untuk membuat segala ibadah mahupun akitiviti yang melibatkan keIslaman kita.Setakat hari ini, aku masih tiada mendengar ada halangan untuk itu.
Tambahan pula,ulama-ulama besar pun seperti Nik Aziz pun tiada kekuatan untuk menidakkan kapitalis di negara kita.Justeru itu,tidak perlu saudara untuk melampiaskan peranan saudara yang tiada bertujuan ini kepada komuniti kecil kami ini yang hanya menulis blog untuk mengeratkan silaturrahim.Sebenarnya saudara masih belum sedar dan matang tentang isu ini kerana dengan menulis isu seberat ini telah mendatangkan satu perasaan yang bertentangan dengan objektif saya menulis di blog ini.Sekiranya saudara lihat, terdapat kekurangan smdbfrenzy yang ingin menulis di blog ini.Kerana...ianya telah menjadi satu blog untuk saudara melampiaskan segala kekecewaan saudara.
Satu lagi, adakah saudara lihat kita sebagai orang Islam di negara ini menjadi dominan kepada ekonomi kita. Adakah saudara terlibat secara total dalam arus pemodenan negara kita.Adakah saudara melihat kerajaan kita telah menjadi mainan kepada barat.Saya ingin tahu tentang itu dari sudut idealisme saudara yang mengelirukan.
Satu lagi saya ingin memberi sedikit pandangan tentang penggunaan hadis2 mahupun ayat2 didalam Al-Quran.Adakah saudara benar2 memahami apa yang tersirat dan tersurat,kerana bagi saya saudara menggunakan hadis2 dan Al-Quran semata- mata menjadi kulit kepada pemikiran saudara bukannya intipati kepada pemikiran saudara.Kalo saya cakap bahasa pasar..nak tunjuk anda seorang Islam yang radikal,namun pada saya saudara seorang membaling batu dan menyorok tangan.
Justeru itu, saya berharap semua frenzy tidak menganggap blog saya ini menjadi medan kepada pertarungan idealisme.