Friday, May 8, 2009

Masalah kewangan....

Di dalam era kegawatan ekonomi ini, aku pasti ramai di kalangan kita merasakan keperitan dalam menangani soal kewangan.Di tambah pula institusi kewangan terus mengetatkan sistem perbankan mereka tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh masyarakat.Aku ingin berkongsi pengalaman aku dan kawan aku mengenai institusi kewangan.Dalam beberapa minggu ini aku membantu rakan sekerja aku menguruskan kewangannya yang kronik sehinggakan kediamannya akan dilelong.So, aku telah menemui pegawai bank tersebut dan berbincang untuk mencari kaedah terbaik.Di akhir perbincangan itu, kami telah bersetuju untuk menggunakan wang KWSP untuk melangsaikan hutang tertunggak tanpa mengenakan sebarang caj.Tapi perkara lain terjadi apabila rakan sekerja aku telah mendapat kelulusan dari KWSP untuk menggunakan akaun 2 untuk melangsaikan tunggakan dan selebihnya ditolak kepada prinsipal hutang tersebut. Di waktu perjumpaan itu rakan aku diminta bayar rm1000 dan wang KWSP itu akan menanggung ansuran selama 33 bulan bermula dari bulan ini.Jadi secara amnya, rakan aku tidak mendapat prinsipalnya malah bank mendapat terus faedah tanpa pening kepala.Apa yang aku kesalkan,rakan aku diminta bayar rm1000 sedangkan di awal perjumpaan syaratnya tak sebegitu.Tambahan pula, tiada langsung untuk membantu untuk mengurangkan bebanan rakan aku.Begitu juga berlaku dengan aku sendiri,dimana aku melangsaikan hutang kredit kad arwah ayah aku.Walaupun aku walk-in untuk buat bayaran dan aku telah menutup akaun itu,namun masih lagi sampai statement dan dicaj.Aku memang bengang dengan institusi kewangan yang bersifat along besar yang berlesen.
Namun begitu, masih ada jalan untuk kita keluar dari kemelut penindasan ini.AKPK merupakan satu agensi yang akan membantu kita menangani masalah kewangan kita dengan pihak bank sahaja.Koperasi,pinjaman kerajaan tempatan(angkasa) ataupun along lintah darat tidak dapat dibantu oleh AKPK.
Justeru itu sesiapa di kalangan kita yang menghadapi permasalahan ini,bolelah terus pergi ke AKPK.pasti anda kan tersenyum di sana.