Thursday, February 26, 2009

Kecohnyer di LObi Parlimen..

Hari ini semua akhbar utama memaparkan berita kekecohan di lobi Parlimen. Kesabaran Pemuda UMNO agaknya sudah tidak dapat ditahan lagi.Kalau kita lihat senario sekarang ini, aku rasa ianya akan mengundang padah kepada rakyat terutama dari segi perpaduan.
Dalam hal ini, aku agak berat mengatakan bahawa ianya berpunca dari keceluparan Pengerusi DAP itu sendiri, walaupun pada pendapat beliau ianya tidak melanggar undang-undang negara kita. Namun kita dari dulu lagi hidup dalam penuh kesopanan dan tatasusila timur, ianya agak keterlaluan bagi seorang pemimpin sebuah parti yang besar di negara kita kerana ianya sangat2 menyentuh sensitifiviti perasaan khususnya orang Melayu. Bermula dari Perak, kini ianya seakan menjadi isu negara yang serius yang harus ditangani dengan penuh berhemah dan bijak.

Justeru itu, aku berharap semua frenzy dapat menyokong penuh kepada bangsa kita yang semakin rapuh pegangan dan prinsip hidup, kerana terdapat agenda pembangkang yang amat mengerikan yang sukar untuk aku ungkapkan dalam blog ini..(hehe..takut kene masuk ISA lak)

2 comments:

Anonymous said...

Lupakanlah Kerajaan Komunis + Kapitalis ni bro.......!
Kerajaan & Pembangkang sama je duduk dalam lubang taik, nak bersihkan taik macam mana?

Hidup Khilafah!

Redzal Kewell said...

Pertahankan Raja kita.. hehehe