Tuesday, December 1, 2009

Rumah

Rumahku syurgaku...kalau nak ikutkan ungkapan ini sememangnya menjadi impian semua orang.Namun bagaimana kita ingin menjadikan rumah kita menjadi syurga di hati kita.Apakah saiz ataupun rekabentuk mahupun lokasi rumah itu sendiri.Seandainya kita menitikberatkan saiz,maka kita perlu menyediakan sumber kewangan yang cukup besar berdasarkan saiz yang kita mahukan.Kita bukan sahaja perlu berhadapaan dengan ansuran yang tinggi tetapi kos penyelenggaraan juga perlu diambilkira.Berdasarkan pengalaman saya, penyelenggaran perlu dilakukan setahun sekali terutama dari segi mekanikal dan elektrikal. Walaupun kita merasakan harga yang kita bayar untuk membeli rumah adalah tinggi seperti pembelian sebuah rumah teres maka kita menganggap kebarangkalian kita menghadapi masalah - masalah mungkin mengambil masa yang lebih jauh, mungkin 10-11 tahun.Pada pengalaman saya, apa jua jenis rumah kita beli, produk2 yang digunakan adalah sama seperti rumah2 flat, apartment, ataupun kos rendah. Apa yang membezakan harga sesebuah rumah adalah lokasi , saiz , dan rekabentuk tetapi tidak kepada barangan elektrikal ataupun mekanikal.
Manakala dari struktur sahaja saya dapat katakan bahawa penyelenggaraannya amat rendah seandainya kita mengekalkan strukur asal rumah tersebut. Saya amat berkeyakinan tentang hal ini kerana kebanyakkan jurutera2 di Malaysia mengamalkan sikap 'overdesign' iaitu merekabentuk struktur dengan 2 kali ganda lebih berat dari yang sepatutnya.Tambahan pula prosedur dan kriteria yang cukup ketat yang dipatuhi yang telah diwartakan oleh kerajaan.Namun begitu, ianya akan memberi sedikit kesan kepada pembeli kerana ianya akan meningkatkan harga jualan.

7 comments:

Anonymous said...

BLOG NI DAH MATI KE WEI?

wid said...

idop lg laaa cuma msg2 bz jer...

Anonymous said...

blog hidup lagi...cuma ahlinya macam dah mati. tak jemput kenduri arwah ke woi?

- sudah-sudah lah tu chalin, jangan nak membesaukan perut je....

MR CRAB said...

asl....
lama betul aku tak bukak blog ni...
lom mati lagi blog ni rupanya alhamdulillah
ni pakcik nak menjemput hadir ke umah pakcik pada 20-feb-2010 di kesang jaya .kenduri kahwin adik bongsu pakcik ......
semua dijemput hadir ye....

Anonymous said...

belum mati tapi macam dah mati........baru sembang pasal nak tegakkan the real islam semua dah mengalah......alahaiiiiiiii!

Monster Crab said...

jhgdfddhvcxcxvasvgjbxhjxbhj saasgfahsgjxZJCdkafdgftcxxvsahgfdhz gdshjgfhdshjvgsjcnc jsvgfsjfgs jcscvjfdgjgyudgtvbv

cuba ko pecahkan kod diatas?

wei kengkawan aku dengau dak JEP nak belanja ikan bakar di anjung batu melaka ari tu ... tapi sayangnye ....dia tak muncul2....nasib baik aku tak gi...kalau tak nahas kau makan sumpah aku jep....

chalin said...

jgn sumpah2..org crab xbaik..
anonymous>jgn suka2 ckp org dh mati..