Wednesday, December 31, 2008

SMDBfrenz95 T-shirt..

Aku ada terima proposal dari one of our frenzy mengenai nak buat t-shirt sebagai tanda persahabatan kita yang terjalin selama ini.Aku rasa ianya satu cadangan yang baik lagipun kalo kita buat event senang skit,kira cam uniform rumah sukan lah.
So ,sesapa ader idea untuk design our t-shirt bole ler propose kat aku..nanti kita sesama decide.
Anyway,all frenzy kene bagi feedback lah,pasal senang skit mr zool n mr alsidi nak arrange.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah dan tahun Baru 2009

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada semua frenzy salam Maal Hijrah Dan Tahun Baru 2009. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kejayaan di dalam tahun baru ini.Tingkatkan keazaman dan usaha kita agar lebih berjaya termasuk meningkatkan ibadah kita dan meminimakan segala kemungkaran kita.Di samping itu aku berharap di tahun yang baru ini kita dapat membuat lebih banyak event dan mendapat sambutan yang hangat di kalangan frenzy.
Selain itu aku juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada APEK a.k.a aku pun tak tau,..kena tanya kodok yang melangsungkan persandingan pada 27 Dis 08.
Akhir sekali,aku mendoakan semua frenzy mendapat kejayaan, dimurahkan rezeki dan menemui jodoh yang diidamkan..hehehehe.

Thursday, December 11, 2008

Badminton Fest...

Kali ini aku rasa kita tukar event futsall kita kepada event badminton disebabkan oleh sambutan untuk bermain agak dingin manakala pihak opponent pula masih lagi tidak memberi sebarang jawapan.Justeru itu, aku harap all frenzy dapat bagi feedback, espceially mr BOB aka zool untuk menguruskan event ini.
Lagipun aku berpendapat,kalo main futsall kita tak dapat nak borak lelama pasal pas main futsall semua orang dah tak lalu nak bercakap..pas tu kita tak dapat mengutuk sesama kita pasal semua orang main serentak..kalo main badminton kan main 4 orang dulu..hehehe..
So..pls drop msg pada sesapa frenzy yang nak join ...

Thursday, December 4, 2008

My 5th anniversary

hehehe...hari ni 5 dec..08 genap dah 5 tahun usia perkahwinan aku.
Alhamdulillah..syukur aku kepada Ilahi kerana memberkati perkahwinan aku ni sehingga kekal ke hari ni..
Oleh tu ...semoga all frenzy mendoakan kebahagiaan aku..amin..

Saturday, November 29, 2008

Futsall 2 de reunion

Terdapat beberapa frenzy yang mencadangkan event ini sebagai penutup untuk tahun ini.
Memandangkan ianya mudah sekali untuk dianjurkan dan mendapat sambutan tertinggi di event yang pertama, maka aku juga menyokong event ini dibuat kali ke-2.
Bagaimanapun, ianya masih bergantung kepada persetujuan semua frenzy kerana kalo korang tak setuju...takder sapa nak main nanti..
Masa , kita akan bincangkan bersama manakala tempat aku rasa biarlah tempat yang sama sebelum ni....So..kalo aku harap semua frenzy dapat bagi feedback untuk kita aturkan event ni..

Wednesday, November 19, 2008

Tension....tension...tension....

Dari minggu lepas, aku tak dapat nikmat tido..pasal melayan kerenah bos aku.
Semuanyer nak cepat...mana bleh tahan beb..3 projek nak claim dalam bulan ni..
kalo tak melepas ler nak rasa bonus..
Tapi apa pun, tak leh nak salahkan dia jugak...pasal dulu cikgu suruh belajau pandai2,aku p panjat pagau pasal nak tengok world cup..
Pas tu kacau anak dara orang..rasakan ler..
Pas siap buat claim ni..aku nak bayar balik hutang tido aku ni..maybe pas tahun baru ni kot baru dapat lunaskan agaknyer...

Wednesday, November 12, 2008

James Bond...Quantom Of Solance...

aku dah tgk movie ni ari tu...
kat opis lah,...nak g tgk wayang tak sempat..keje aku banyak...
Anyway ,citer james bond kali ni dia bersambung dari casino Royale..
so kalo tak tengok casino Royale..mesti jadi bangang tgk citer ni
Kali ni james bond dia ader jiwang skit..
Tak macam James Bond yang sebelum ni....kasanova (except timothy dalton lah)
Kalo korang nak pun ok gak..pasal dia punyer babak lasak dia ni agak ekstrem gak..
kira advance lah jugak..
Tapi awek james bond kali ni tak menarik lah..
tak kagum pun aku tgk awek james bond ni...
Anyway...kira ok lah citer ni dari eagle eyes..


Monday, November 3, 2008

Blog Pilihan....www.ligakampung.com/blog

Aku agak terpana jugak ngan blog yang dicoretkan oleh our frenzy kita mr.Bob. aka Zool.
Isu yang diwacanakan agak sinis dengan kehidupan kita lalui skang
Namun aku pun dapat merasakan apa dia rasa mengenai nilai persahabatan kerana mungkin aku pun melalui perkara yang sama.
Kawan datang dan pergi
Sahabat setia menanti..
Kalau frenzy punya kelapangan, pegi ler tengok blog tu...
you'll feel somethin'

Wednesday, October 22, 2008

Phuket...here i'll come..







Aku baru balik dari Phuket hari rabu lepas..tu pun pasal flight aku delay..
Anyway aku mintak maap pasal takderr souvenir untuk korang..
Takder bajet lah frenz...Phuket ni , aku rasa sesuai untuk sapa2 yang suka clubbing n enjoy katak...Kalo nak p ngan Family mmg tak sesuai...
Nak makan pun susah, tak banyak makanan halal...junk food kat sana pun dia kata tak halal pasal pakai minyak B*bi..
So aku kat sana pun terpaksa travel almost 1hours ++ nak p makan lunch n dinner.
Dah ler tu , tom yam jer yang ader..selama aku kat sana....asyik makan tomyam jer..
Cuma Last day baru aku jumpa kedai Islam Pattani...tapi pedas nak mampos..
surrender aku makan kat situ..
Conclusion yang aku dapat katakan, Phuket not a good place to visit for us..
Everything is expensive.....


Thursday, October 9, 2008

Welcome to the World miss Arezsa Kaisara

Tahniah kepada mr. Herfa kerana kehadiran orang baru dalam keluarga beliau.
Semoga kehidupan ko akan lebih bahagia dengan miss Arezsa Kaisara ..

Monday, October 6, 2008

Janji tinggal janji..UPSET on open house smdbfrenz95






Open house smdbfrenz95 amat mengecewakan......Jauh dari yang dijangkakan.

Hanya 11 0rang saja yang datang. Tambahan plak,kedatangan frenzy tidak pada waktu yang sama yang menyebabkan event tersebut menjadi hambar.

Janji tinggal janji. Takder sorang pun wakil wanita yang hadir,padahal sebelum event tersebut semua dah memberi satu petanda positif untuk hadir di event tersebut.

Nasib baik mr.jeffz buat open house bukan khusus untuk smdbfrenz95 jer, kalo tak...sapa nak makan semua lauk tu..anyway pun...thanks pada yang memberi sumbangan berharga.

So,aku harap perkara begini tidak berulang lagi di event di masa hadapan..








Monday, September 22, 2008

Selamat Hari Raya...to all frenzy

Sempena menyambut Syawal ini, aku ingin mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf kepada semua frenzy seandainya ada salah dan silap di masa2 yang lampau mahupun di masa yang terdekat ini.

Dan aku berharap semua dapat hadir pada OPen House smdbfrenz95 nanti,agar persahabatan kita berpanjangan.

Thursday, September 4, 2008

Open House on Hari Raya

Open House Hari Raya smdbfrenzy95....

Venue : Rumah Mr Jeffz di kesang
Time : Lepas Solat Jumaat..Raya ke-3
Menu

  1. Nasi beriani
  2. Sate
  3. Ikan bakar
Segala sumbangan ikhlas boleh ler di forwardkan kepada
mr Jeffz Hp 0123669122
Akaun Maybank 164212267356 khairulnissa sharif ...wife dak jepp


Manakala..Mr Fuad a.k.a barang baik...pun buat open house gak...
Venue : Taman Maju..umah parent dia
Time : raya Ke- 4

Semua frenzy dijemput hadir untuk memeriahkan event ini..termasuk ustad sekali.

Kalo bole bawak kuih raya sekali...
sekian time kasih

Saturday, August 30, 2008

Futsal de Reunioan at Sport Planet...mana ustaz,,,tak datang pun


Our first event, yang aku anggap berjaya untuk mengumpulkan semula our frenzy yang lama tak jumpa.... tapi mengecewakan skit...the great ustad tak datang...tanpa sebarang notis... Aku rasa macam kat sekolah balik bila jumpa semua frenzy yang hadir, walaupun ader yang datang dari jauh.....pergh sungguh terharu dengan sikap suppotive korang...like dak naz n mr salleh .Tak lupa gak pada mr bob..a.k.a zool yang berusaha menjayakan futsal ini.
Frenzy2 yang hadir:



  1. Mr Qurie n Family


  2. Mr Gedahak n Family


  3. Mr ketam Batu n Family


  4. Mr. Nazri n Family


  5. Mr Salleh n Family


  6. Mr Herfa n Family


  7. Mr Chalinz n Son


  8. Mr Fariq n son


  9. Mr Acol


  10. Mr Haizi

  11. Mr Zool


  12. Mr Najipp


  13. Mr Juhelmi

Lepas ni aku harap , our next event dapat sambutan yang lebih hangat lagi..dan yang penting kemunculan ustad...our frenzy dah mula ragu2 balik pasal identiti ustad..
gambar yang lain ader kat blog bawah ni....


Monday, August 25, 2008

Majlis Perkahwinan our frenzy.......


Mr. Acol a.k.a Samsul Hussin...menjemput sekelian Frenzy untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan beliau.. TQ.

Date : 9 november 2008

Venue : Umah Mak dia kat Kg.Air Baruk..

Monday, August 18, 2008

Tuesday, August 12, 2008

Majlis Aqiqah di Rumah Mr.Jeffz.

Majlis Aqiqah anak Mr Jeffz akan diadakan di rumah mak nyer di kesang pada 23 Aug. 2008.
Semua Frenzy dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini. Segala pertanyaan mengenainya boleh diforwardkan pada mr.jeffz.

Thursday, August 7, 2008

Futsal de Reunion, Melaka

Futsal de Reunion ni akan diadakan pada 30 august 2008, tempat akan diberitahu kelak. semua diuruskan oleh mr.bob a.k.a zool.
Mana2 star kunyit yang masih ader skill lagi, diwajibkan hadir.
manakala pompuan lak, bole ler jadi poom-poom girl di bawah pimpinan mr. fuad (hei Barang baik)
Jadi tiada alasan diterima,waima anak demam, bini telan kunci gari dan sebagainya.
kehadiran anda dicatitkan
Lagi baik...korang bawak anak bini sekali..bole ramai2 skit kat sana

Venue : Sport Planet , Cheng Melaka
Time : 30 August 2008 5.00 PM

Sunday, August 3, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan & Hari Merdeka

Sempena menyambut Bulan Ramadhan dan hari merdeka ini, aku bercadang kita buat skit makan2 kat kampung iaitu lepas terawih pada malam bantai puasa. Kita buat mini reuinion kat kedai makan jer...din corner ke, kat bemban ker..mana2 ler yang korang rasa sesuai.
Aku harap semua frenzy dapat balik pada hari tersebut..jadi bole ler kita buat perbincangan pasal trip kita ni..
Tapi kalau ader yang sudi nak jadi host untuk meeting ni..amatlah dialu-alukan.
Sapa2 ader cadangan lain bole ler kemukakan pada aku..

Tuesday, July 29, 2008

Frenz Contact

Sesiapa berminat untuk memberi contact no to other frenzy..bole forwardkan dalam comment. maklumat anda akan dikemaskinikan.

Monday, July 28, 2008

Reunion Trip

Reunion Trip ini bertujuan untuk merapatkan semula silaturrahim di antara kita yang mungkin sudah sekian lama tidak bertemu. Jadi, saya berharap our frenz dapat memberi sokongan terhadap reunion trip ini.
Namun begitu, tempat dan masa masih belum dapat dimuktamadkan lagi. Oleh itu, saya berharap our frenz dapat memberi cadangan tempat dan masa yang sesuai. Segala usul dan cadangan boleh di buat di blog ini atau sms saya di 0123111643.
Anda boleh membuat undian di dalam blog ini.