Wednesday, December 31, 2008

SMDBfrenz95 T-shirt..

Aku ada terima proposal dari one of our frenzy mengenai nak buat t-shirt sebagai tanda persahabatan kita yang terjalin selama ini.Aku rasa ianya satu cadangan yang baik lagipun kalo kita buat event senang skit,kira cam uniform rumah sukan lah.
So ,sesapa ader idea untuk design our t-shirt bole ler propose kat aku..nanti kita sesama decide.
Anyway,all frenzy kene bagi feedback lah,pasal senang skit mr zool n mr alsidi nak arrange.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah dan tahun Baru 2009

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada semua frenzy salam Maal Hijrah Dan Tahun Baru 2009. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kejayaan di dalam tahun baru ini.Tingkatkan keazaman dan usaha kita agar lebih berjaya termasuk meningkatkan ibadah kita dan meminimakan segala kemungkaran kita.Di samping itu aku berharap di tahun yang baru ini kita dapat membuat lebih banyak event dan mendapat sambutan yang hangat di kalangan frenzy.
Selain itu aku juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada APEK a.k.a aku pun tak tau,..kena tanya kodok yang melangsungkan persandingan pada 27 Dis 08.
Akhir sekali,aku mendoakan semua frenzy mendapat kejayaan, dimurahkan rezeki dan menemui jodoh yang diidamkan..hehehehe.

Thursday, December 11, 2008

Badminton Fest...

Kali ini aku rasa kita tukar event futsall kita kepada event badminton disebabkan oleh sambutan untuk bermain agak dingin manakala pihak opponent pula masih lagi tidak memberi sebarang jawapan.Justeru itu, aku harap all frenzy dapat bagi feedback, espceially mr BOB aka zool untuk menguruskan event ini.
Lagipun aku berpendapat,kalo main futsall kita tak dapat nak borak lelama pasal pas main futsall semua orang dah tak lalu nak bercakap..pas tu kita tak dapat mengutuk sesama kita pasal semua orang main serentak..kalo main badminton kan main 4 orang dulu..hehehe..
So..pls drop msg pada sesapa frenzy yang nak join ...

Thursday, December 4, 2008

My 5th anniversary

hehehe...hari ni 5 dec..08 genap dah 5 tahun usia perkahwinan aku.
Alhamdulillah..syukur aku kepada Ilahi kerana memberkati perkahwinan aku ni sehingga kekal ke hari ni..
Oleh tu ...semoga all frenzy mendoakan kebahagiaan aku..amin..