Thursday, February 26, 2009

Kecohnyer di LObi Parlimen..

Hari ini semua akhbar utama memaparkan berita kekecohan di lobi Parlimen. Kesabaran Pemuda UMNO agaknya sudah tidak dapat ditahan lagi.Kalau kita lihat senario sekarang ini, aku rasa ianya akan mengundang padah kepada rakyat terutama dari segi perpaduan.
Dalam hal ini, aku agak berat mengatakan bahawa ianya berpunca dari keceluparan Pengerusi DAP itu sendiri, walaupun pada pendapat beliau ianya tidak melanggar undang-undang negara kita. Namun kita dari dulu lagi hidup dalam penuh kesopanan dan tatasusila timur, ianya agak keterlaluan bagi seorang pemimpin sebuah parti yang besar di negara kita kerana ianya sangat2 menyentuh sensitifiviti perasaan khususnya orang Melayu. Bermula dari Perak, kini ianya seakan menjadi isu negara yang serius yang harus ditangani dengan penuh berhemah dan bijak.

Justeru itu, aku berharap semua frenzy dapat menyokong penuh kepada bangsa kita yang semakin rapuh pegangan dan prinsip hidup, kerana terdapat agenda pembangkang yang amat mengerikan yang sukar untuk aku ungkapkan dalam blog ini..(hehe..takut kene masuk ISA lak)

Thursday, February 12, 2009

Lepak At Port Dickson

Sebagai permulaan event untuk tahun ini, aku cadangkan kita buat selamba reunion kat Port Dickson. Bagi aku, kita buat reuinion yang simple dulu sebelum kita buat yang lebih grand lagi.
Memandangkan reunion trip kita telah menemui kegagalan, jadi kita buat event reunion yang senang kepada semua frenzy.
Aku rasa PD adalah tempat terbaik untuk kita berkumpul kerana dari segi kos serta jarak perjalanan yang ekonomi.
So, semua frenzy bagi komen skit cadangan aku ni,..pas tu baru kita decide time yang sesuai..

Tuesday, February 10, 2009

Langkawi yang Indah

Trip kali aku rasa sangat seronok pasal anak2 aku dah besar so senang ler skit aku nak berjalan then nak shopping.Anyway, Langkawi tak banyak sangat perubahan selain dari perubahan Bandar Kuah sejak 5 thn dulu. Harga barang - barang kat sana still macam dulu lagi.Maintain jer aku rasa.
Dari segi makanan pulak, aku rasa mmg best.Pasal, semua ikan kat situ semua fresh. So, walaupun mahal,tak leh nak complain ler..pasal mmg semua masakan yang aku order mmg fresh dan best. Tambah pulak, cuaca plak mmg cerah sepanjang masa, cuma kene minum banyak air ler,pasal panas betul kat sana.
So, aku mmg suggest ler sapa2 frenzy yang nak makan angin kat sana, it's a right place.
Tak yah gi oversea..kat langkawi semua ada...
Aku ader dengar proposal pasal our frenzy nak gi sana..tapi acara solo lah..heheheeh
cuma belum ader sesapa yang volunteer nak organise..
Kalau ader sesapa nak tgk gambo aku kat sana ,bleh ler tgk kat flickr aku tu...cam biasa..