Friday, May 8, 2009

Masalah kewangan....

Di dalam era kegawatan ekonomi ini, aku pasti ramai di kalangan kita merasakan keperitan dalam menangani soal kewangan.Di tambah pula institusi kewangan terus mengetatkan sistem perbankan mereka tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh masyarakat.Aku ingin berkongsi pengalaman aku dan kawan aku mengenai institusi kewangan.Dalam beberapa minggu ini aku membantu rakan sekerja aku menguruskan kewangannya yang kronik sehinggakan kediamannya akan dilelong.So, aku telah menemui pegawai bank tersebut dan berbincang untuk mencari kaedah terbaik.Di akhir perbincangan itu, kami telah bersetuju untuk menggunakan wang KWSP untuk melangsaikan hutang tertunggak tanpa mengenakan sebarang caj.Tapi perkara lain terjadi apabila rakan sekerja aku telah mendapat kelulusan dari KWSP untuk menggunakan akaun 2 untuk melangsaikan tunggakan dan selebihnya ditolak kepada prinsipal hutang tersebut. Di waktu perjumpaan itu rakan aku diminta bayar rm1000 dan wang KWSP itu akan menanggung ansuran selama 33 bulan bermula dari bulan ini.Jadi secara amnya, rakan aku tidak mendapat prinsipalnya malah bank mendapat terus faedah tanpa pening kepala.Apa yang aku kesalkan,rakan aku diminta bayar rm1000 sedangkan di awal perjumpaan syaratnya tak sebegitu.Tambahan pula, tiada langsung untuk membantu untuk mengurangkan bebanan rakan aku.Begitu juga berlaku dengan aku sendiri,dimana aku melangsaikan hutang kredit kad arwah ayah aku.Walaupun aku walk-in untuk buat bayaran dan aku telah menutup akaun itu,namun masih lagi sampai statement dan dicaj.Aku memang bengang dengan institusi kewangan yang bersifat along besar yang berlesen.
Namun begitu, masih ada jalan untuk kita keluar dari kemelut penindasan ini.AKPK merupakan satu agensi yang akan membantu kita menangani masalah kewangan kita dengan pihak bank sahaja.Koperasi,pinjaman kerajaan tempatan(angkasa) ataupun along lintah darat tidak dapat dibantu oleh AKPK.
Justeru itu sesiapa di kalangan kita yang menghadapi permasalahan ini,bolelah terus pergi ke AKPK.pasti anda kan tersenyum di sana.

23 comments:

Aku yang telah sedar...tapi said...

Inilah Pemerintahan Kerajaan Berlandaskan Ekonomi Kapitalis Barat yang datang dari US.
Awas jenama "islamic" oleh pihak bank! semuanya berlandaskan undang2KUFUR!
Say No to Satu Malaysia but Yes to Satu Khilafah! AllahuAkbar!

Selama ini aku tidak sedar yang aku hidup didalam pemerintahan kerajaan KUFUR! MasyaAllah......Ya Allah ampunilah dosaku!

gedahak said...

sape lak ni..?ko leh knlkn diri x?aku rs aku 1 perjuangan ngn ko la...heheh...

MrQurie78 said...

biasa ler..kata nak dunia maju..kene ler tahan cara pemerintahannya

Anti Kerajaan Kapitalis! said...

alhamdulillah gedahak, kalau kau paham...insyaallah!
biasalah Mr Qurie, sebab nak maju tulah kita terlupa kita ni bawah pemerintahan Kerajaan KUFUR! MasyaAllah.....

-terbaru dato' nazri aziz buat undang2 islam sendiri...standby pada kawan2, bala Allah on d way!
Wahai kaum Muslimin!
Petikan dari sumber HTM -
Apakah kita masih mahu berharap dan redha dengan kerajaan yang terang-terang merubah hukum Allah? Apakah mereka begitu jahil dalam hal ini, sedangkan mereka dikelilingi oleh ‘orang-orang agama’ yang mereka bayar? Atau mereka dan ‘orang agama’ mereka sengaja tunduk kepada kehendak orang-orang kafir sehingga sanggup pula mereka merubah hukum Allah? Apakah yang sebenarnya mereka mahukan dengan keputusan yang mereka keluarkan ini, apakah mereka mencari keredhaan dari orang-orang kafir, atau undi dari orang-orang kafir? Sesungguhnya amat kejilah apa yang mereka lakukan,

“Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, walhal Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.” [TMQ as-Saf (61):8].

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Sesungguhnya kita mesti ingat bahawa tindakan mereka di dalam merubah hukum Allah bukan sahaja berlaku di dalam kes ini, malah dalam kesemua kes. Mereka tidak pernah menerapkan hudud Allah, malah merubahnya, mereka tidak pernah menerapkan hukum ekonomi Islam, sosial, pendidikan, pengqadhian, jihad dan sebagainya. Mereka telah campakkan kesemua hukum Allah ini dan menggantikannya dengan hukum kufur-sekular yang mereka cipta sendiri. Kebanyakan alim ulama dan mufti mereka pula bersekongkol dengan mereka. Jika ada yang berani pun, hanya sebatas ‘mengkritik lembut’ kerajaan di dalam hal-hal tertentu sahaja, sedangkan kemungkaran besar kerajaan di dalam tidak menerapkan hukum Allah secara kaffah hanya ‘didiamkan’ oleh mufti-mufti ini. Sesungguhnya kerajaan yang memaksiati Allah ini tidak akan kekal lama...dan Allah akhirnya pasti akan memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang di jalanNya yang mukhlisina lahuddeen. ALLAHU AKBAR!

renungan bersama.
Kita berusaha mencari dan menjadi seorang Khilafah bukannya Perdana Menteri!

MrQurie78 said...

WAH..panjang betul hujahnya..
tapi sayang takder nama...

Jom sedarkan diri said...

kini baru ku sedar........semakin lama kita selesa hidup begini rupanya semakin jauh bayang2 syurga dari kita......MasyaAllah!

lemahnya ISLAMku....

Rebound Manager said...

Entahlah......malas aku nak pikir masalah2 duit ni....janji hujung bulan ni BMW 5 Series aku kuar....haha

bukan perasan baik dan bagus... said...

wahai sahabat2ku, carilah kekurangan dunia kita sejak 3 Mac 1924......kembalikan semula kegemilangan daulah islamiah, bukanya zaman yang serba kufur dari barat ini. bangunlah wahai sahabat2ku.....azabnya neraka bila dunia tiada KHALIFAH!

Islam Vs Kapitalis said...

Renungan.....
PUTRAJAYA, 17 Mei - Influenza A (H1N1) Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang sering ditemui dalam kawanan babi. Ia disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berjangkit di kalangan spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan pada manusia sejak 1988. Ketika artikel ini ditulis telah penyakit ini telah merebak kepada 8829 kes dan melibatkan 74 kematian.

Abu Umamah meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar Al-Khattab ra pernah berkata, “Berlatihlah ketangkasan berkuda, berhati-hatilah dan jangan kamu berakhlak seperti orang-orang ‘ajam (orang bukan Isam), jangan mendekati khinzir atau menegakkan salib di antara orang-orang Muslim”. Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar ra pernah menulis surat kepada penguasa daerah dan memerintahkan mereka supaya membunuh khinzir dan membayar ganti rugi dengan mengurangkan pembayaran jizyah (bayaran yang wajib dibayar oleh kafir zimmi kepada Daulah Islam). Semuanya itu menunjukkan bahawa kaum Muslimin mahupun kafir zimmi dilarang memelihara atau pun melakukan perdagangan babi baik di dalam negeri mahupun dengan pihak luar negara. Diriwayatkan juga bahawa Khalifah Umar Al-Khattab mengecam Samurah bin Jundub yang mahu menerima pembayaran kharaj dan jizyah dari kafir zimmi yang berupa hasil penjualan arak dan khinzir. Ketika itu Khalifah Umar berkata dengan tegas, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuk Samurah iaitu pegawai kami di Iraq kerana dia mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan hak kaum Muslimin itu. Arak dan khinzir adalah haram dan hasilnya juga adalah haram!” (Lihat kitab Musannaf, Abdurrazzaq Jilid VI halaman 75 dan jilid X halaman 196). Lebih jauh dari itu Khalifah Umar berkata, “Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan meminumnya” [Sunan Al-Baihaqi 6/14].

Oleh kerana itulah, kita dapati bahawa Khalifah Umar ra menetapkan syarat bagi kafir zimmi agar tidak membiarkan khinzir milik mereka berkeliaran di jalan-jalan tempat lalu lintas kaum Muslimin. Kemudian beliau mengambil tindakan yang lebih keras lagi iaitu memerintahkan pembunuhan khinzir yang ada pada kafir zimmi dan membayar penggantian harganya dengan dipotong dari jizyah yang wajib mereka bayar kepada Daulah. Semua yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khatab ra memperkuatkan lagi mafhum ayat tentang keharaman segala jenis aktiviti yang terkait dengan khinzir, termasuk penternakan. Dalam suratnya yang dikirimkan kepada pemerintah-pemerintah daerah, beliau mengatakan antara lainnya “Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya dan jangan menghadiri jamuan makan yang di dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang kuda dan belajarlah memanah”. Apa yang diperintah oleh Khalifah Umar itu tidak dibantah oleh seorang sahabat pun. Mereka sepakat bersetuju dengan tindakan Umar yang melarang penternakan khinzir dan tidak membolehkan seorang Muslim ataupun kafir zimmi memelihara khinzir di dalam Daulah Islam. [sila rujuk SN 170]

Hari ini, peranan babi dalam menyebarkan pelbagai penyakit sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bagi para pemimpin, tugas mereka adalah untuk menjaga maslahat rakyat. Alangkah baiknya ladang-ladang babi yang ada ditutup, orang kafir yang makan babi dinasihatkan agar menukar diet mereka dan keperluan daging babi hanya diimpot dari luar. Inilah tindakan yang amat wajar.

Ingatlah babi baru kena selsema, manusia sudah mati bergelimpangan.

aku lagi.... said...

YANG NAMPAK:
Usaha membawa masuk bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini menghiris perasaan seluruh warga anggota dan bekas anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

YANG TAK NAMPAK:
Noe-imperialisme yang melanda dunia melalui penjajahan kapitalisme-demokrasi yang sangat licik (halus) oleh Amerika dan dunia Barat ke atas umat Islam sebenarnya lebih patut diberi tumpuan. Hari ini, kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh umat sangat signifikan dan harus dijadikan isu yang perlu difikirkan, disedari dan diatasi. Bukan sekadar komunis dan komunisme sahaja yang perlu dibentengi dari masuk, kapitalisme-demokrasi juga merupakan ideologi kufur yang perlu kita singkirkan dari kehidupan kita tatkala ini.

Di kala Amerika, melalui usaha neo-imperialismenya, menyerang dan membantai kaum Muslimin di seluruh belahan negara-negara umat Islam, apakah kita tidak merasa ‘terguris’ dan apakah dengan terguris hati tanpa berbuat sesuatu dapat menyelesaikan masalah atau mengubah sejarah? Ya, kita perlukan perubahan. Alternatifnya adalah kembali kepada kehidupan Islam. Kegemilangan yang pernah dicapai dalam ketamadunan Khilafah sepanjang lebih kurang 1400 tahun akan kembali mewarnai dunia Islam. Tak perlulah lagi kita hanya melayan emosi, yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti!

FIKIRKAN....

Aniza Abdullah said...

Tadi rase nye mcm nampak saleh kat kedai makan jas cafe kt serdang...betui ke dia...takot nk tegur..kang salah org..malu giler...

Luca Toniee said...

Lain kali tegur jer....kalau salah say sori pastu blah jer.Aku biasa gak dengau Saleh Yaakob kat Sinar FM.Lawak giler.Hahahahah.

Anonymous said...

woi...kau la satu-satunya manusia yang lupa daratan.... orang melayu nie memang pandai mengata,mengutuk,bercakap...woi ANTI KERAJAAN KAPITALIS... tak usah nak bercakap tentang islam... kau fikir kau bagus ke...kau fikir kau tak pernah buat dosa ke...perkenalkan diri dulu penyapu.... baru bercakap..dakyah mana yang kau dapat... nie la manusia yang tidak pernah bersyukur kepada allah..renungkan lah ayat ni...inalazinahamanuinaallahilahbilama..... cari pengertian ayat ini dan kupaskan.. jangan cakap sahaja..tapi habuk....ingat kembali penyapu

Anonymous said...

Apa kabar semua...sory lama tak joint dalam blog nie...busy ckit....bujep, chalin, fariq, kuri, mr.bob, samy bemban...dan sesiapa sahaja... bila free??? jom kita pi layan gokart kat air keruh.. track baru tue....sape rasa dia po....wer....berani turun la......

Joekart (MAN5958)

Anonymous said...

WOI.. BOLEH TAK DALAM NIE JNGN BERCERITA TENTANG POLITIK..BOSAN LA AKU....peringatan untuk anti kerajaan kapitalis dan yang menggunakan perkataan penyapu.....,

Joekart (MAN5958)

Si Penyapu said...

rilek bro, jgn emosional sangat. ni penyapu kontot nak jawab......keluarlah seribu ayat sekalipun untuk kau suruh aku kupas, pokoknya kau dan aku dan kita semua hidup dalam KUFUR! carilah sejarah kita sejak 3 mac 1924. satu lagi, ini bukan soal politiklah bro, tapi soal arah islam kita. aku tak pun cakap aku ni bagus dan tak buat dosa, tapi sekurg-kurangnya aku ada di dalam memperjuangkan sesuatu. Kembalikan Daulah Islamiah bro, bukan sistem Kapitalis Barat Kufur ni.......

Muhamad Najib said...

apaa DAA.. kalo nak post comments pon.. publish nama sendiri la.. sembang punya la panjang lebar.... letih aku baca bila NAMA publisher tarakk...

tak kan la engkau tak perasan hinggakan kawan2x semua malas nak tgk blog ni & post comments diorang... tak habis2x bikin kawan2x hati panas

sorry ye.. terkasar sket.. heHE

Aniza Abdullah said...

bukan saleh yakob ler..saleh kwn kiter tu..adui laa...

pak guard smdb said...

ya lah jib.......pi siasatlah siapa diaorang ni.....ustaz sapie , kok , siapa lagi yg pakai nama samaran.

Kong Keng Kuat said...

Saudara anti kapitalis,
terbaru isu "Sister in Islam SIS"
Masyaallah........senang2 je kapir pijak orang islam sekarang ni.
terbuka sangat ke pemikiran orang islam sekarang sampai akidah dah nak tercicir.....

biar panjang lebar keterangan supaya kauorang paham! islam sekarang mudah letih.....untuk najib je nih....

sahabat seperjuangan, apapun bagitaulah kau siapa bro!

Anti Kerajaan Kapitalis! said...

Korang cuba carik aku.Aku budak Kesang.Hahaha.Kelas 5*.Mesti korang kenal punyer.

Anti Nasionalis juga said...

Salam. Lama tak reply, siapa pulak lah yang mengaku anti kapitalis tu???? tu aku lah....yang kau mengaku tu apahal, bikin konpius!

Apapun, si penggelar aku penyapu tu mana agaknya.....mungkin dah tau agaknya dari mana islam dia datang hari ini...alhamdulillah!

Ya Allah percepatkanlah bagi kita semua menemui Khilafah Ala Minhaj An-Nubuwwah.

jumpa lagi disiri yang lain....

Anti Nasionalis said...

Woi....kau tu yang palsu.Jgn cuba kau nak menyamar jadi aku.Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lobang hidungmu tetap besau.....hahahaha