Friday, June 12, 2009

Islam Vs Kapitalis.

Setelah aku membaca komen pada post yang terdahulu,aku dapat merasakan bahang yang ketara dalam menegakkan idealisme masing-masing.
Jadi, aku pun nak bagi sedikit pandangan tentang isu yang berat ini.
Pada umumnya, aku rasa idealisme islam ini hadir apabila kita telah melalui satu detik atau pengalaman mahupun satu kehidupan yang penuh kekecewaan ataupun dalam erti kata lain KEGAGALAN.Lagipun, kalau kita baca diawal komen-komen tersebut, kita dapati ianya menggunakan satu katanama yang bermaksud kekecewaan contoh: aku yang telah sedar. Aku ingin bertanya, mengapa setelah 31 tahun..baru saudara kita ini baru menyedari negara kita ini kapitalis.Jadi, dengan semangat yang setahun jagung ini sahaja, saudara kita ini terus menerus memberi hujahan yang panas tapi tiada objektif.Hanya melampirkan cerita2 lama yang satu dunia pun tahu.Walaupun kita ini berada di dalam kapitalis, adakah kita terhalang untuk membuat segala ibadah mahupun akitiviti yang melibatkan keIslaman kita.Setakat hari ini, aku masih tiada mendengar ada halangan untuk itu.
Tambahan pula,ulama-ulama besar pun seperti Nik Aziz pun tiada kekuatan untuk menidakkan kapitalis di negara kita.Justeru itu,tidak perlu saudara untuk melampiaskan peranan saudara yang tiada bertujuan ini kepada komuniti kecil kami ini yang hanya menulis blog untuk mengeratkan silaturrahim.Sebenarnya saudara masih belum sedar dan matang tentang isu ini kerana dengan menulis isu seberat ini telah mendatangkan satu perasaan yang bertentangan dengan objektif saya menulis di blog ini.Sekiranya saudara lihat, terdapat kekurangan smdbfrenzy yang ingin menulis di blog ini.Kerana...ianya telah menjadi satu blog untuk saudara melampiaskan segala kekecewaan saudara.
Satu lagi, adakah saudara lihat kita sebagai orang Islam di negara ini menjadi dominan kepada ekonomi kita. Adakah saudara terlibat secara total dalam arus pemodenan negara kita.Adakah saudara melihat kerajaan kita telah menjadi mainan kepada barat.Saya ingin tahu tentang itu dari sudut idealisme saudara yang mengelirukan.
Satu lagi saya ingin memberi sedikit pandangan tentang penggunaan hadis2 mahupun ayat2 didalam Al-Quran.Adakah saudara benar2 memahami apa yang tersirat dan tersurat,kerana bagi saya saudara menggunakan hadis2 dan Al-Quran semata- mata menjadi kulit kepada pemikiran saudara bukannya intipati kepada pemikiran saudara.Kalo saya cakap bahasa pasar..nak tunjuk anda seorang Islam yang radikal,namun pada saya saudara seorang membaling batu dan menyorok tangan.
Justeru itu, saya berharap semua frenzy tidak menganggap blog saya ini menjadi medan kepada pertarungan idealisme.

37 comments:

Anonymous said...

jadik dak bob jelah woi, cerita pasal buah kundang....habis cerita!

Muhamad Najib said...

aku sependapat dengan Kuri tentang isu ni... ternyata jelas sekali saudara kita ni "seperti membaling batu tapi tangan disorok-sorokan..."

sungguh pon aku tak SEHEBAT ENGKAU.. akan tetapi alhamdullilah, tetap aku panjatkan doa kepada Allah s.w.t...

Perjuanganku said...

Salam. Maaf jika agenda saya menjadi perdebatan sahabat2. Sememangnya manusia memerlukan perubahan, tidak kira dari segi apa. Memang baru saya sedari, tapi tak semestinya saya baru tahu.....cuma kita TERLUPA bila di ZON SELESA!
Saya juga seperti sahabat2 semua. Kita tak boleh mengharapkan Nik Aziz untuk merubah segalanya dan kemudian baru kita.....didalam islam tiada siapa yang dulu, siapa yang kemudian, perjuangan ini tidak mengira status, pangkat gred, JUSA atau tidak, Dato’ atau Datin mahupun Raja wahai sahabat. Bukan batu yang dibaling tetapi bara untuk mengembalikan semangat perjuangan Islam. Kita juga tidak perlu menjadi lalang untuk sependapat dengan orang lain.

Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 85 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.

bersambung......

Perjuanganku... said...

sambung....

Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, maka ia tidak dapat lari dari ruang lingkup sistem demokrasi kufur yang ada sekarang, dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang ada, tanpa dapat lari darinya.

Umat Islam itu wajib kembali menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan kepada segala hukum-hakam Islam. Umat wajib kembali menerapkan sistem pemerintahan Islam. Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan terpecah belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana inilah yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya dikenali dengan ‘sebutan’ Negara Islam, tetapi berhukum dengan hukum selain hukum Allah dan Rasul. Kita juga tidak mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’ dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Daulah Khilafah yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata.

Maaf yang tidak terhingga dari sahabatmu ini diatas ketidak selesaan sahabat2 semua, Akhir kata, ayuh sahabat2 ku, kita perlu bangun dan perjuangkan sesuatu demi Islam kita. InsyaAllah..........

kuri said...

Ternyata sahabat kita ini masih kurang memahami apa yang aku maksudkan. Takpelah..biarkan dia dengan perjuangan suci dia.Jangan jadi yang dikejar tak dapat,yang di kendong keciciran.Renung-renungkanlah.

sariap said...

Bro "Perjuanganku"...
Aku rs baik ko masukkn artikel ko ni paper...dpd ko msk kt sini pn org lain x tau gak...
Kuri ko tlg advertise kn artikel ni...

KPSU(PA) said...

Kuri n geng2 SMDBfrenz.....aku rasa sesape yang tulis pasal idealisme masing2 nie dah salah tempat kot.Aku setuju laa mamat anonymous kat atas tu.Baik tgk blog Bob atau Sodok atau Idir,lagi byk info.Aku rasa kuri set up blog nie pun nak discuss pasal aktiviti nak eratkan silaturrahim yg mana aku rasa telah capai objektif masa beramai-ramai main futsal.
Kalau sesape yg nak tunjuk hebat,plagiat mana2 artikel yang tidak diketahui sumber kesahihannya,aku cadangkan geng2 SMDB frenz abaikan ajer.Lama2 bila org tak layan senyap laa tu.Lebih difokus kepada matlamat asal kewujudan blog ini.Walaubagaimanapun, syabas kepada Kuri dan kawan2 yang menjadi perintis kepada blog ini hingga merapatkan kembali silaturrahim sesama kita.

wid said...

pis pisss no war..namoh gado2 arr x bes owhhh yok damai ekk :) korg anti ke pro ke ttp kawan aku gakk kn kn knnn..syg sme!tiba2 jek hahaha

Perjuanganku belum selesai said...

Inilah dugaan dan satu cabaran buat saya. Zaman serba kufur ini memang terlalu sukar untuk memberitahu sesuatu kebaikan. Semuanya sudah sebati dengan cara barat! Usah sangsi akan kesahihannya wahai sahabat.........

- mungkin lebih senang diajak ke pusat hiburan....agaknya!!!!

kuri said...

Aku pun setuju ngan aizi tu..saudara pegi ler hantar kat mana - mana magazine ker..or ataupun buat blog sendiri..mesti ramai yang sekapala ngan ko masuk bagi komen kat ko punyer artikel tu..
Lagipun aku suruh komen bukanyer bersyarah tak tentu pasal

terima hakikat said...

Janganlah bulat2 menolaknya wahai sahabat2ku....silalah ambil tahu akan Kapitalis Kufur ini dan akibatnya.....

ged said...

ish...x abis2 lg ke...adoi aii....dpd kita elok dulu skang ni da panas da benda ni...perjuangan ttp perjuangan,tp cara ko ni bikin org panas....

perjuangan belum selesai... said...

Bermulanya detik perjuangan saya disini adalah didorong oleh ketidakpuasan hati penulis sendiri mengeluh akan sistem perbankan yang diibaratkan ahlong besar berlesen. Kenapa sahabat perlu menidakkannya semula bila saya katakan pemerintahan kapitalis barat yang menjadikan institusi kewangan begini???? kenapa pula saya yang dipersalahkan.....malah saya langsung tidak memperlekehkan sesiapa! Saya dengan ikhlas hati mengajak sahabat2 sekelian menegakkan semula pemerintahan Islam "Daulah Islamiah" yang merangkumi tatacara hidup dan ekonomi berlandaskan Islam. Sedarkah kita orang yang kaya dikayakan, sedangkan yang miskin ditindas untuk bertambah miskin.
Bukan bersyarah wahai sahabat tetapi mukadimah untuk kita sama2 perjuangkan pemerintahan islam semula....

MrQurie78 said...

aku pulak disalahkan..

KPSU(PA) said...

Pada aku.....sebenarnya Kuri hanya meminta sekadar pandangan disebabkan oleh permasalahan yang dihadapi oleh kawannya.Aku bersetuju mungkin ada diantara kita yang mungkin telah dan akan menghadapi masalah yang sama...kalau tak sekarang mungkin di masa hadapan.Cuma tak perlulah lah terlampau ekstrem(maaf sbb guna perkataan ni).
Cukuplah sekadar memberikan pandangan atau pendapat yang boleh membantu meringankan masalah.
Dan kalau si penulis benar2 ikhlas nak berjuang....kenapa tak dinyatakan nama sebenar?Adakah beliau sedang dipergunakan oleh pihak2 tertentu utk kepentingan tujuan yang kita tidak tahu?Aku rasa tak perlulah dipanjangkan pasal isu2 kapitalis ni lagi.
End of the story!

kuri said...

itulah yang berlaku apabila kita tidak memahami apa yang ingin aku sampaikan . aku hanya menceritakan senario yang berlaku kepada rakan aku dan aku sendiri untuk menjadi teladan kita di masa hadapan.akupun bersetuju dengan KPSU agar isu ini tidak dipanjangkan lagi kerana ianya mengundang situasi yang kurang senang di kalangan kita.sekian.

facebook said...

btul tu...klu takat pakai nama samaran baik x yah....pas2 bikin panas....come on la...da tua da x yah la nk wat perangai bdk2...

jangan hentikan wahai sahabatku said...

Sungguh mudah islam zaman sekarang menerima kapitalis kufur dan dengan mudah menolak pemerintahan islam.....mengapa perlu saya tidak memanjangkan hal ini? sebab kita sudah terlalu selesa dibuai pangkat dan kedudukan dunia????? jika setakat ini lah islam kita, ianya belum cukup wahai sahabat2 ku.

Sudah lebih 50 tahun Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid ini disucikan di dalam pemerintahan negara. Selagi Perlembagaan ini masih terus diletakkan lebih tinggi dari Al-Quran, maka selagi itulah transformasi yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri baru ini menjadi tak ubah seperti air liur basi. Transformasi besar yang dilaungkan oleh PM itu sepatutnya diarahkan untuk menegakkan Khilafah bukannya untuk mempertahankan sistem kufur yang ditinggalkan oleh penjajah. Mungkin perkara ini adalah sesuatu yang dilihat sebagai amat berat dan sukar untuk dilakukan dan mungkin dianggap sebagai keterlaluan dalam suasana masyarakat majmuk. Anggapan dan andaian yang sebegini sebenarnya datang dari ketidakyakinan dan juga kejahilan serta kesombongan seseorang dengan hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Pencipta peraturan untuk manusia dan peraturan Allah adalah sebaik-baik peraturan. Kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia saat ini merupakan bukti nyata bahawa undang-undang ciptaan manusialah yang telah selama ini membinasakan manusia itu sendiri. Apakah tidak cukup peringatan (ayat-ayat) Allah untuk menjadikan menteri-menteri kabinet Malaysia ini yakin dan melaksanakan hukumNya? “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

zool said...

Anonymous --> hawau je bunyi tu...aku tulis buah kundang pun ramai suka baca woo..

Kepada sahabat 'Perjuanganku ' rasanya ko salah layan blog.. Sebenarnya blog ni diwujudkan oleh Mr Qurie untuk mengeratkan silaturrahim.. Ana rasa lebih baik ente setupkan blog sendiri. Boleh cerita idealisme, racisme dan sebagainya.. Tak susah mana pun..

C.Ronaldo said...

Aku setuju bob.....
Halaukan kan saja dia tu dari bumi bertuah ini....org2 macam nie yg jadik perosak anak bangsa.
Dah tu tak nak declare nama sendiri....Dayus
Umpama dah berak tgh jalan tak nak ngaku....

gedahak said...

Betul bob...klu "Mr.Perjuangan" ni nk suh wat blog pun bole tp ko baya je la kt abob...hahaha

Tanggal 3 Mac 1924.....bangunlah wahai sahabat! said...

Ini baru permulaan....tidak mengapa jika semuanya menentang, Alhamdulillah. Saya doakan agar ada seseorang insan yang terdetik untuk membaca dan memahami apa yang telah saya sampaikan.....InsyaAllah!

C.Ronaldo said...

Itu permulaan itulah terakhir.Hahahaha.Sudahlah....sapernak baca panjang2 tu.Baik baca blog bob.....penuh informasi....boleh juga tingkatkan ekonomi diri dan jana pendapatan dan yang penting dalam masa yang sama boleh merapatkan ukhwah islamiyah.syabas bob!

laptop said...

kitaorg x menentang,ko tu yg over sgt...aku rs ko p jumpa najib pas2 ko sampaikan ape yg nk ko sampaikn...(bkn najib ismail tau atau najib karim)hehehe.....semoga ko berjaya...

kuri said...

betul tu..
apa yang saudara kita sampaikan ni mmg tak kono ngan konsep aku buat blog ni.
Pas tu tak paham bahasa lak tu..orang kata tak yah panjangkan dia plak nak tunjuk terer..aku malas nak jawab balik jer..pasal nanti aku pun bole jadi cam dia...syok sendiri..

tak semestinya berakhir disini....... said...

Salam, terima kasih diatas komen2 sahabat2 kepada saya. Tiada paksaan untuk sahabat semua membacanya, Rasulullah nak menyebarkan Islam kepada org2 kafir dulu pun berbagai2 dugaannya...inikan pula satu peringatan dari saya kepada sahabat2 yang sudah seagama. Saya akan mengundurkan diri demi persefahaman sahabat2 semua, saya dengan rendah diri memohon kemaafan kepada semua sahabat diatas "situasi bikin panas" ini.
amin!

jejari menari said...

lain kali knl kn diri dulu...jgn main boh jek....

chalin said...

mr pejuangan..ko nye ayat..mcm penyapu..mcm hebat2 je..doa mandi wajib..ko tahu baca ke x..hahaha..

chalin said...

mr pejuangan>ko jgn la merajuk..bro..aku tahu ko ni msti seorg yg bfikiran jauh..kiteorg cuma xnk ko tulis karangan je.. dlm blog ni bro..pening nk baca..separuh org faham la..mcm aku ni bro..mn nk fhm..tnye la kbr kwn2..dulu..knl diri..kn lebih sopan..bro..dh jgn majuk2..dh tua2 ni..nk undur diri la..mn wrskshop..ko psng gear gostan kt diri ko..bro..aku nk psng la..hahahaha...

gedahak said...

ai...mr.calin...leh thn gak ayat ko....heheh...ok kuri aku rs ko leh start blk apa yg da dirancang...

Perjuangan diteruskan... said...

Salam, saudara chalin, bukan merajuk....cuma niat nak sampaikan sesuatu dah tertunai. terima atau tidak bukan soalnya, bila ada yang menegur tu pun sudah cukup sekurang-kurangnya dia tahu isunya.

Bukan saya nak mulakan semula isu ini, cuma nak menjawab saudara chalin tu. Apapun terima kasih atas penerimaan saudara chalin. Macam nilah saudara, semua org berfikiran jauh....tapi kdg2 cuba kita tanya diri kita sendiri...apa agaknya yang kita selama ni rasa betul tapi hakikatnya salah dari segi agama kita.

Sebagai contoh, sebut je agama salib tu...kita mesti merungut..."ahh kitabnya dah diubah mengikut peredaran zaman katanya". Tapi cuba kita lihat lebih mendalam, Al Quran tak pernah diubah, tapi amalan kita sekarang betul2 ke mengikut apa yang ditulis???? ke kita dah lama terbuai, terleka hidup dalam kitab kapitalis kufur dari barat ni? Sedar ke kita cara barat telah mengubah kehidupan kita? Jadi, apa bezanya kehidupan kita dengan agama mereka? (cuma tak rasmi je bro). Sistem bank yang penuh riba', sistem kehakiman yang ikut undang2 manusia....banyak lagi kalau nak disebut.

Tak terfikir ke kita akannya....?

Next said...

Terbaru!
KUALA LUMPUR, 22 Jun - Usaha mewujudkan saluran televisyen Islam disifatkan sebagai langkah tepat dan mampu memenuhi keperluan dan permintaan terhadap program berunsurkan Islam. Setiausaha Agung PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, beliau amat bersetuju dengan cadangan daripada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat menyegerakannya.

Ini adalah salah satu projek mengislamkan realiti, bukan merealitikan Islam. Proses Islamisasi ini selari dengan aspirasi sekularisasi di mana konsep amar maaruf nahi mungkar hanya dilaksanakan secara sebahagian dan kemungkaran masih dibiar bermaharajalela. TV Islam hanyalah sebahagian dari projek timbal sulam (islah) yang menutup kelompongan suasana hidup kapitalisme. Dalam umat disediakan alternatif, begitu banyak siaran masih menyalurkan kemaksiatan dan kemungkaran tanpa dicegah atau dibanteras.

Usaha ini hakikatnya menjadi alasan bagi sesetengah bahawa 'kebaikan' telah dilakukan dan acapkali memberi justifikasi - ‘daripada tak melakukan apa-apa (maaruf) langsung, lebih baik ada juga’. Akhirnya mereka merasa cukup dengan usaha ini dan berlepas diri dari tugas sebenar mengembalikan kehidupan Islam secara total dan membuang sampah sekularisma yang kini mendominasi kehidupan umat Islam.

9W2JOE said...

Kuri.. sowie.. aku bengan betul ngan budak (perjuangku).....aku nak panggil dia selsema bai la.... tak faham2 ke kenalkan diri dulu bahalol...tak payah nak ckp baik..kau dulu pun setan juga....kau nie bikin panas la...karang aku panggil kau tunggangan anjing ke babi marah pulak...?

9W2JOE said...

woi...MR PERJUANGAN..aku angin betul kau nie....buat kata chalin pun betul....doa mandi wajib ntah tahu baca ke tidak.....kau nie memang penyapu...tambah ckit penyapu buruk dlm tandas agaknya....jangan la kau kacau blog nie.....kalau kau kacau lagi kau nie memang bodoh mungkin hemol atau bahalol berkapal-kapal....

gedahak said...

aku ingt da abis...aadoiiyaaiii...

usb 8GB said...

bro, baik ko jd PM...gantikan najib...asyik sembang jek kt sini...

syikin said...

emmm. agaknya mr. perjuangan tu nk masuk bertanding x dpt.. dpt ceramah berjela kt blog ni pun dh ok kot.. soh je mr. perjuangan bg ceramah kat manek urai.he3.