Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidiladha
ditulis oleh MrQurie78 at 11:35 PM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
Habiskan cuti di Damai Laut
PAda 14-16 Nov 2009 aku sekeluarga telah bercuti di Swiss - Gaeden Damai Laut @ Lumut. Percutian kali ini bertujuan menghabiskan cuti tahunan mengejut yang diberikan oleh bos aku. Percutian ini bagi aku agak menarik kerana aku dapat menikmati pengalaman serta dapat melihat suasana kampung dan pekan2 lama yang sebelum ini hanya aku dengari saja. Aku merangka perjalanan aku dengan hanya menggunakan laluan bandaran sahaja dan tidak menggunakan lebuhraya ( kecuali perjalanan balik semula ke Kg ). Perjalanan aku bermula dari:
Palong 15 ( pukul 8 a.m) - simpang pertang - hulu telemong - karak - Genting highlands - batang kali - Tanjong Malim - proton city - slim river - bidor ( singgah beli buah- buahan) - tapah - kampar ( lunch di sini pukul 2 p.m)- Tualang - seri Iskandar/tronoh-Setiawan(beli brg keperluan) - Swiss Garden Damai Laut ( lepak sampai 16 Nov 2009)- Pantai Remis - Terong - Kuala Sepetang (lunch Makan Mi Udang)- Taiping - Palong 15 (sampai pukul 8 p.m)
Dalam percutian ini, aku dapat ,melihat keindahan serta keunikkan masjid2 di Negeri Perak. Pelbagai rekabentuk yang unik antaranya berbentuk Kuil dan kubu.Manakala dari segi makanan pula tidak lah jauh berbeza dari hometown kita.Namun kali ini aku berpeluang menikmati musim durian di sini.Di samping itu juga aku telah melawat beberapa tempat di sana , antaranya Muzium Pasir Salak , Rotisegar( kita boleh menikmati roti yang baru di masak di sini) dan tempat penetasan Penyu di Segari.
Di pekan Lumut pula, terdapat beberapa perubahan terutama di jeti ke P.pangkor berbanding 3 tahun dulu.Manakala di Pantai Remis pula kita dapat melihat perkampungan nelayan dan terdapat pondok2 yang menjual ikan2 segar.Di akhir destinasi aku ialah Kuala Sepetang di mana aku menikmati MI Udang yang enak yang mengandungi 11 ekor udang dalam satu hidangan mi goreng...
Justeru itu sesiapa di kalangan frenzy yang ingin melawat Lumut..boleh lah meneruskan niat anda tersebut kerana banyak juga tempat menarik serta makanan seafood yang enak.Namun begitu, seandainya frenzy ingin bercuti di Swiss garden aku rasa kurang berbaloi walaupun kita booking bilik hotel..(sebab aku sewa apartment).Banyak fasilitinya yang telang usang serta kurang acara menarik di sana dan lokasinya agak jauh dari bandar sekiranya ada keperluan yang ingin di beli.
ditulis oleh MrQurie78 at 3:09 AM 0 comments
Friday, October 30, 2009
Fenomena Nur Kasih
Sejak akhir2 ni, hampir setiap tempat yang aku lepak mesti orang citer pasal Nur kasih.Lebih-lebih lagi kalo lepak ngan staff kat opis,pasti tak terlepas nyer citer pasal Nur Kasih.
Aku ada jugak tgk sekali dua, aku rasa citernyer biasa jer. Jalan citer pun tak der ler best sangat.Cuma citer keburukkan para suami....tak patut cam tu....
ditulis oleh MrQurie78 at 7:08 AM 1 comments
Sunday, October 11, 2009
Selamat Pengantin Baru.....
ditulis oleh MrQurie78 at 8:19 PM 9 comments
Friday, September 25, 2009
Syawal yang Bahagia....
Sudah seminggu kita merayakan Syawal.Pelbagai juadah yang jarang kita temui, dapat kita menikmatinya.Syawal kali ini, aku agak sibuk dengan melayan tetamu yang hadir di kedua-dua keluarga aku.
aku ingin memohon maaf kerana tidak dapat beraya ke rumah kawan2 ,hanya umah mr Jeff dan Chalin sahaja yang sempat aku singgah.Maybe tahun depan aku mungkin dapat pergi beraya dengan lebih banyak lagi...
ditulis oleh MrQurie78 at 9:37 PM 3 comments
Thursday, September 10, 2009
Syawal Menjelma semula....
Syawal bakal menjelma tak lama lagi. Ramadhan pula bakal meninggalkan kita.
Sempena syawal yang bakal tiba ini , aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga smdbfrenz95 seandainya tersalah bahasa ataupun sikap aku yang mungkin kurang disenangi sepanjang kita bersahabat.
Sekiranya frenzy mempunyai kelapangan di Hari Raya ini, jemputlah ke rumah di hari pertama dan kedua.
Akhir sekali.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
ditulis oleh MrQurie78 at 2:39 AM 8 comments
Tuesday, August 18, 2009
Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak
Sekali lagi kita berpeluang meyambut Ramadhan al- Mubarak ini.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat menikmati bulan yang mulia ini.
Kali ini, agak berlainan sekali bagi aku melaluinya kerana buat pertama kalinya aku menyambut Awal Ramadhan ini tanpa ayahandaku yang tersayang.Namun, bagi aku,ianya telah tersurat dan perlu meredhainya.
Untuk Ramadhan ini aku berazam untuk menggunakan sebaiknya bagi aku menikmati kemuliaan yang ada pada bulan ini kerana pada tahun kebelakangan ini aku terlalu menumpukan kepada kerjaya aku.
Maybe pada tahun ini, kita tidak dapat membuat majlis berbuka puasa, mahupun Open House kerana terdapat beberapa masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Tapi tidak bermaksud ianya menghalang pada frenzy yang lain ingin menganjurkannya.
ditulis oleh MrQurie78 at 10:01 AM 8 comments
Thursday, July 30, 2009
Schumacher sensational comes back
F1 Gp sekali lagi melakukan kejutan. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang serius oleh pemandu Ferari Felipe Massa.Kini, Schumacher pula ingin membuat kemunculan semula di arena sukan F1 setelah sekian lama menyepikan diri.
Namun begitu, bagi aku ianya seakan satu langkah bagi FIA untuk mengembalikan pengaruh sukan ini setelah terjadi perbalahan dengan persatuan pasukan2 F1.Terbaru,BMW pula akan menarik diri di musim akan datang diikuti pula dengan pasukan Renault dan tidak mustahil beberapa pasukan lagi akan melakukan langkah yang sama.
Apakah sukan ini akan melahirkan satu lagi kejuaraan seperti A1?
sama-sama kita nantikan
ditulis oleh MrQurie78 at 9:22 AM 5 comments
