Tuesday, August 18, 2009

Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak

Sekali lagi kita berpeluang meyambut Ramadhan al- Mubarak ini.Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi dapat menikmati bulan yang mulia ini.
Kali ini, agak berlainan sekali bagi aku melaluinya kerana buat pertama kalinya aku menyambut Awal Ramadhan ini tanpa ayahandaku yang tersayang.Namun, bagi aku,ianya telah tersurat dan perlu meredhainya.
Untuk Ramadhan ini aku berazam untuk menggunakan sebaiknya bagi aku menikmati kemuliaan yang ada pada bulan ini kerana pada tahun kebelakangan ini aku terlalu menumpukan kepada kerjaya aku.
Maybe pada tahun ini, kita tidak dapat membuat majlis berbuka puasa, mahupun Open House kerana terdapat beberapa masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Tapi tidak bermaksud ianya menghalang pada frenzy yang lain ingin menganjurkannya.