Tuesday, December 1, 2009

Rumah

Rumahku syurgaku...kalau nak ikutkan ungkapan ini sememangnya menjadi impian semua orang.Namun bagaimana kita ingin menjadikan rumah kita menjadi syurga di hati kita.Apakah saiz ataupun rekabentuk mahupun lokasi rumah itu sendiri.Seandainya kita menitikberatkan saiz,maka kita perlu menyediakan sumber kewangan yang cukup besar berdasarkan saiz yang kita mahukan.Kita bukan sahaja perlu berhadapaan dengan ansuran yang tinggi tetapi kos penyelenggaraan juga perlu diambilkira.Berdasarkan pengalaman saya, penyelenggaran perlu dilakukan setahun sekali terutama dari segi mekanikal dan elektrikal. Walaupun kita merasakan harga yang kita bayar untuk membeli rumah adalah tinggi seperti pembelian sebuah rumah teres maka kita menganggap kebarangkalian kita menghadapi masalah - masalah mungkin mengambil masa yang lebih jauh, mungkin 10-11 tahun.Pada pengalaman saya, apa jua jenis rumah kita beli, produk2 yang digunakan adalah sama seperti rumah2 flat, apartment, ataupun kos rendah. Apa yang membezakan harga sesebuah rumah adalah lokasi , saiz , dan rekabentuk tetapi tidak kepada barangan elektrikal ataupun mekanikal.
Manakala dari struktur sahaja saya dapat katakan bahawa penyelenggaraannya amat rendah seandainya kita mengekalkan strukur asal rumah tersebut. Saya amat berkeyakinan tentang hal ini kerana kebanyakkan jurutera2 di Malaysia mengamalkan sikap 'overdesign' iaitu merekabentuk struktur dengan 2 kali ganda lebih berat dari yang sepatutnya.Tambahan pula prosedur dan kriteria yang cukup ketat yang dipatuhi yang telah diwartakan oleh kerajaan.Namun begitu, ianya akan memberi sedikit kesan kepada pembeli kerana ianya akan meningkatkan harga jualan.