Thursday, July 30, 2009

Schumacher sensational comes back

F1 Gp sekali lagi melakukan kejutan. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang serius oleh pemandu Ferari Felipe Massa.Kini, Schumacher pula ingin membuat kemunculan semula di arena sukan F1 setelah sekian lama menyepikan diri.
Namun begitu, bagi aku ianya seakan satu langkah bagi FIA untuk mengembalikan pengaruh sukan ini setelah terjadi perbalahan dengan persatuan pasukan2 F1.Terbaru,BMW pula akan menarik diri di musim akan datang diikuti pula dengan pasukan Renault dan tidak mustahil beberapa pasukan lagi akan melakukan langkah yang sama.
Apakah sukan ini akan melahirkan satu lagi kejuaraan seperti A1?
sama-sama kita nantikan

Monday, July 27, 2009

PD Gathering tidak kesampaian

Sekali lagi, rancangan untuk kita bersua di tahun ini masih lagi menemui kegagalan.
Mungkin masa agak suntuk kerana kita bakal menyambut Ramadhan al-Mubarak tak lama lagi.
Namun begitu, aku masih lagi menunggu individu yang ingin menawarkan diri untuk mengadakan Open House pada tahun ini..

Sunday, July 12, 2009

PD Gathering..2009

Sekali lagi , aku ingin menganjurkan satu event pertama untuk 2009.Bagi event kali ini, aku berharap mendapat sambutan dari semua pihak kerana ini merupakan cadangan yang terakhir dari aku untuk tahun ini kerana di waktu seterusnya aku mungkin tak dapat untuk menganjurkannya lagi kerana kepadatan jadual harian aku.
Oleh itu seperti biasa, sila beri feedback yang bernas dan tarikh yang dirasakan sesuai untuk menjalankan event ini.
P/S- 1&2 Ogos ini aku tak available sebab aku buat kenduri arwah...tapi seandainya tarikh tersebut dirasakan sesuai,aku akan meminta salah seorang dari kita untuk organize event tersebut.

Bowling de Arena 09' ditangguhkan...

Seperti sedia maklum, event ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peserta tambahan pula peserta yang telah memberikan persetujuan pula terpaksa tarik diri di saat2 akhir kerana mempunyai komitmen lain yang lebih penting.
Oleh itu aku ingin memohon maaf di atas kegagalan untuk mengadakan event ini.

Monday, July 6, 2009

Majulah sukan untuk Negara....adakah masih relevan slogan ini

Slogan majulah sukan untuk negara yang sering kita laungkan ,bagi aku sudah tidak relevan lagi di kala ini.Kegagalan demi kegagalan yang sering kita dengar,terbaru..tumpasnya pasukan sepak takraw kita yang bermegah dengan kehebatan lalu.Setelah kita dikecewakan dengan keangkuhan bolasepak kita, aku rasa kita bakal dikejutkan pula dengan kejatuhan empayar badminton kita yang kini kian terhakis skit demi sedikit.
Dari satu sudut,aku merasakan semua usaha yang dijalankan bagaikan satu hiburan kepada mereka tanpa rasa tanggungjawab kepada harapan kita semua.Bagi pendapat aku , kegagalan ini aku tujukan kepada atlit khususnya.Tiada sebab mengapa prasarana ataupun pengurusan perlu dipersalahkan.Seandainya kita kupas kejayaan atlit-atlit lain seperti Dato Nicol David..alasan2 yang sering diberikan kepada kita selama ini memang tidak relevan.
Justeru itu, atlit2 kita harus dan perlu merenung kembali objektif mereka menceburi bidang sukan.

MegaSales 2009 dah bermula.....

Last Weekend aku telah memulakan gerakan mencari baju raya untuk anak2 aku.Kebetulan pulak megasales telahpun bermula,jadi akupun terus mengambil kesempatan ini.
Boleh dikatakan tawaran diskaun kali ini agak menarik dan produk-produk yang dipamerkan memang memuaskan hati untuk membelinya.Bagi aku, ini merupakan waktu terbaik untuk aku menyediakan keperluan anak-anak aku kerana jika aku membeli ketika hampir hari raya ianya akan bertambah sukar kerana terpaksa melayan kerenah anak2 yang beraneka ragam + berpuasa+ orang pun sangat lah ramai + pilihan terhad kerana saiz banyak dah abis.
Akhir kata, aku memang dah tak pening kepala lagi untuk menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini