Monday, November 22, 2010

Kerjaya

Memilih kerjaya dalam hidup ini merupakan satu keputusan yang penting kerana ianya bakal menentukan hala tuju kehidupan kita seterusnya.Setuju atau tidak, ianya juga mempengaruhi perwatakan dan personaliti kita.
Namun, pemilihan kerjaya ini juga perlu didokong oleh kemampuan dan kelayakkan yang kita miliki.Setiap dari kita mempunyai kebolehan serta bakat tersendiri , maka bidang kerjaya kita akan dipengaruhi oleh faktor tersebut.Justeru itu, kita perlu peka dan menilai setiap kebolehan dan bakat yang ada di dalam diri kita untuk kita mengadaptasikan kepada dunia luar.Walaupun pendidikan di peringkat tertinggi diutamakan, kita perlu juga menyedari bahawa ianya tidak lagi menjadi satu keistimewaan lagi di semua industri.Impian-impian indah yang dibuai semasa di universiti tidak lagi menjadi kenyataan seandainya graduan-graduan tidak melengkapi diri masing-masing dengan pakej-pakej tambahan.Laksana sebuah kereta yang tidak dilengkapi oleh aksesori-aksesori,maka persepsi kita terhadap kereta tersebut juga agak rendah.Selain mengengengam segulung ijazah, kita perlu mempunyai satu kebolehan kompetensi yang kini menjadi pasaran terhangat di semua sektor.Faktor ini yang masih lagi tidak ditekankan dalam melengkapi diri seorang pekerja.Antara kompetensi yang kini meruncing SHO(safety and health officer) chargeman,dan banyak lagi.Kadar pertumbuhan yang tinggi di Malaysia kini, bidang kerjaya yang melibatkan kompetensi kini menawarkan gaji dan pulangan yang cukup lumayan.Walaupun mendapatkan sijil kompetensi ini agak sukar dah kos yang tinggi,namun ianya memang cukup berbaloi dan berharga.Selain dari ditawarkan gaji lumayan, pandangan masyarakat juga berbeza dan ianya secara tidak langsung meningkatkan kehidupan sosial.Tambahan pula di waktu ini, setiap syarikat yang menawarkan khidmat profesional ataupun pembinaan perlu mengemukakan pekerja-pekerja yang mempunyai kompetensi.

2 comments:

MuhamadNajib.PublicGold said...

sungguh benar... pemilihan kerjaya sememangnya penentuan kearah corak hidup... sekali dah melangkah.. pasti kena terus melangkah lagi sampailah destinasi iaitu KEPUASAN.. insha Allah kalau ada rezeki.. Amin.

Zool Blogger said...

saja singgah sini.. lama betul tak ngupdate yo